Roti Cream Cheese Garlic ala Korea pilihan ramai - Utusan Malaysia

Roti Cream Cheese Garlic ala Korea pilihan ramai

NUR Suhana Abdullah menawarkan aneka bakeri buatan sendiri termasuk roti Garlic Cheese Bread yang menjadi kegemaran ramai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HARUMAN bawang putih bersama keenakan keju yang digunakan, menjadikan roti Cream Cheese Garlic ala Korea, menjadi kegemaran si pecinta pastri.

Kata pemilik syarikat Hanna Enterprise, Nur Suhana Abdullah, 34, adunan roti berbentuk bulat dan lembut itu juga  menjadikannya pilihan ramai untuk dinikmati sebagai sarapan pagi mahupun minuman petang.

Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu berkata, tempahan diterima untuk roti ala Korea itu cukup tinggi sehingga dia tidak menang tangan.

“Paling penting dalam pembuatan roti ini adalah penggunaan jenama bahan utama seperti keju dan butter yang berkualiti  tinggi dan konsisten. Roti yang dihasilkan juga memberikan kepuasan kepada citarasa pelanggan,” katanya  ketika dihubungi, barubaru ini.

Nur Suhana berkata, selain roti Cream Cheese Garlic dibakar segar setiap hari di rumah, dia turut menyediakan kek batik  Cadburry, Cheese dan marble moist.

Untuk tempahan, kunjungi Facebook Mdm Nur Suehanna Yeo dan Instagram suehomemaderecipe atau hubungi 01151462063.

PENGUSAHA Deima Group PLT, Siti Fatimah menghasilkan biskut jenama Ema.

Biskut Ema tawar aneka biskut, kek

PENGUSAHA Deima Group PLT, Siti Fatimah Mohammed Rais, 29, mendapati, walaupun pelbagai jenis biskut raya moden  ada di pasaran, namun tart nanas gulung tetap menjadi pilihan utama pelanggannya.

Kata Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu, selain tart nanas di bawah jenama Biskut Ema, dia turut menawarkan aneka biskut dan kek yang mempunyai tarikan dan keenakan tersendiri bagi memenuhi cita rasa segenap lapisan usia.

“Hari ini, tidak perlu lagi menunggu sehingga musim perayaan untuk menikmati aneka biskut seperti tart yang enak dengan adanya Biskut Ema di pasaran.

“Uniknya, produk tart nanas gulung ini menggunakan bahan premium membuatkan ia digemari ramai, ” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Katanya, Biskut Ema juga menyediakan hampir 26 jenis biskut seperti semperit biscoff,  swiss hazel yang disediakan sendiri di rumah dan boleh didapati di rangkaian pasar raya sekitar Sarawak.

Untuk tempahan, hubungi 010-3130824 atau kunjungi Facebook Fetry Etry dan Instagram sya_fetry.

 

SUHARNA Abbas bersama chakoi sejuk beku keluaran syarikatnya, yang mudah disediakan dan enak dimakan.

Niaga chakoi mampu beri pulangan lumayan

PEMILIK Syarikat Suzie Enterprise, Suharna Abbas, 59, menghasilkan chakoi sejuk beku sebagai perniagaan yang mampu memberi pulangan lumayan.

Dihasilkan dengan resipi rahsia bersama pengalaman menjual kuih itu sejak 26 tahun lalu, ternyata chakoi sejuk bekunya tidak mengecewakan.

“Bermula dengan jualan di depan rumah sekitar 1995. Kemudian, saya menyewa kedai dan kini membuka kilang  memproses makanan sejuk beku jenama Suzee, di Kampung Masjid Daro, Kuching, Sarawak.

“Suzie Enterprise juga memproses dan membekal makanan sejuk beku lain seperti donut, karipap dan roti canai dengan  hampir 30 stokis di seluruh Sarawak dan pasar raya,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Kata Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu, produk sejuk beku keluarannya dijual dari RM4.50 sebungkus.

Untuk tempahan, hubungi 010-8353580 atau kunjungi, Facebook Suharna Abbas.

 

RAFIDAH BUJANG puas dengan perniagaannya yang membantu ramai  peniaga lain.

Faridah tawar khidmat perunding

PENGALAMAN melihat ramai usahawan kecil dan sederhana kurang diberi pendedahan kepentingan lesen perniagaan, membuatkan Rafidah Bujang, tampil membantu mereka.

Akui pemilik Syarikat DNR Group Sdn. Bhd. yang berusia 30 tahun itu, pengalaman mendorongnya mengetengahkan perkhidmatan perunding untuk usahawan membuat lesen perniagaan.

Katanya yang juga Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), kebetulan sepanjang musim PKP ramai pengusaha syarikat tampil membuat lesen bagi membolehkan mereka mendapat inisiatif dan bantuan kerajaan.

“Jadi, dari situ terdetik untuk memulakan perniagaan ini, memandangkan saya juga mempunyai latar belakang sebagai setiausaha syarikat. Antara perkhidmatan lain adalah mendapatkan lesen tambahan dan permit kedai.

“Kebetulan, pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula tahun lalu, perniagaan rumah inap yang diusahakan
sejak 2015 terjejas teruk,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi Facebook rafidah hj bujang dan FB Page NR Excellent Kuching atau hubungi talian 013-8651024.

Untuk mengetahui skim pembiayaan perniagaan yang disediakan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia, sila layari:
www.aim.gov.my/perkhidmatan – UTUSAN

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya