PETALING JAYA: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) pada 15 November lalu, berjumlah AS$116.5 bilion (RM487.61 bilion). BNM dalam satu kenyataan berkata, jumlah itu memadai bagi membiayai 8.1 bulan import tertangguh dan 1.2 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. “Komponen utama rizab antarabangsa adalah rizab mata wang asing (AS$102.8 bilion/RM430.27 bilion), rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion/RM5.86 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$6.1 bilion/ RM25.53 bilion), emas (AS$2.2 bilion/RM9.21 bilion) dan aset rizab lain (AS$4 bilion/RM16.74 bilion). “Aset-aset itu terdiri daripada emas, pertukaran mata wang asing dan rizab lain,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya