PETALING JAYA: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$116.1 bilion (RM482.16 bilion) pada 29 Oktober 2021.
Menurut kenyataan BNM, paras rizab tersebut memadai untuk membiayai 8.1 bulan import tertangguh dan 1.3 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek.
Komponen utama rizab adalah mata wang asing (AS$103.3 bilion/RM429 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion/RM5.81 bilion)), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$6.1 bilion/RM25.33 bilion), emas (AS$2.2 bilion/RM9.14 bilion) dan aset rizab lain (AS$3.1 bilion/RM12.87 bilion).
Aset-aset yang terdiri daripada emas dan pertukaran mata wang asing dan rizab lain, termasuk SDR berjumlah RM486.22 bilion, Kertas Kerajaan Malaysia (RM12.36 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM629.64 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM22.68 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion) serta aset-aset lain (RM15.71 bilion).
“Modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM184.73 bilion), mata wang dalam edaran (RM146.84 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM149.26 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM13.37 bilion), lain-lain deposit (RM6.48 bilion), kertas Bank Negara (RM7.53 bilion), peruntukan SDR (RM28.47 bilion) dan lain-lain liabiliti (RM4.97 bilion),” katanya dalam kenyataan. – UTUSAN