Perusahaan Hasil Laut Musliha dapat pengiktirafan - Utusan Malaysia

Perusahaan Hasil Laut Musliha dapat pengiktirafan

PRODUK Hasil Laut Musliha menawarkan keropok ikan yang segar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bermula daripada tiada pengalaman, namun kini pengusaha produk keropok ikan tamban, Mariah Abu bakar, 46, mampu mengusahakan syarikat PerusAhaan Hasil Laut Musliha.

Katanya, syarikat dikendalikan sejak 12 tahun lalu itu bermula apabila mendapat dorongan bekas majikan di Persatuan Nelayan Tg. Dawai.

“Saya mula dengan menyertai satu ekspo halal sedunia di Kuala Lumpur dan membawa keropok ikan sira dihasilkan sendiri.

“Alhamdulillah, produk itu mendapat sambutan pengunjung dan membuka idea untuk saya mula mengetengahkan produk keropok ikan tamban,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu berkata, dengan bantuan suaminya, Azmi Bakar, rekod jualan keropok ikan tamban diusahakan itu pernah mencecah RM30,000.

“Saya turut menerima Anugerah Usahawan Berjaya Tekun dan produk Keropok Ikan Tamban diberikan pensijilan HALAL dan MESTI serta 1 MALAYSIA BEST,” katanya.

Untuk tempahan, kunjungi Facebook dan Instagram Perusahan Hasil Laut Muslih.

NOR HAILA Osman mengusahakan perniagaan SN Barbershop dan Pink Boba bagi memenuhi permintaan semasa.

Dari kedai gunting kepada kafe

Keadaan ekonomi yang goyah akibat tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) sejak setahun lalu, mendorong Nor Haila Osman, 43, beralih perniagaan dari kedai gunting rambut kepada kafe makanan segera.

Kata pemilik perniagaan SN Barbershop dan Pink Boba (UUC) itu, dirinya terpanggil untuk memanfaatkan sebahagian kedai gunting rambut kepada kafe berkenaan.

Nor Haila yang juga Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) berkata, kedai gunting rambut diusahakan sejak 2019 itu mendapat sambutan hangat, namun ekonomi menjadi tidak stabil selepas pelaksanaan PKP.

“Dek kerana memikirkan kaedah untuk menyelesaikan hutang dan kelangsungan hidup, datang idea menjalankan kafe, lebih-lebih lagi saya minat dalam bidang masakan.

“Pink Boba (UUC) mengetengahkan menu masakan ringan berkonsepkan bungkus sahaja.

“Antara menu dihidangkan setiap hari adalah burger, kentang goreng, tortilla wrap, roti john dan lain-lain,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Untuk tempahan, kunjungi Facebook Roti John Burger Pita Leleh Abg Jai dan Instagram pinkbobauuc_20, atau hubungi talian 014-2840876.

PERNIAGAAN Isara Abdul mengetengahkan pelbagai jenis hasil laut kering.

Isara usahawan produk laut kering berjaya

Selepas hampir 12 tahun bertapak dalam perusahaan makanan laut kering, Isara Abdullah, 45, menjadi usahawan kecil dan sederhana yang berjaya.

Akui Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu, Syarikat Perniagaan Kecil-kecilan Usaha Bilis Laut dimilikinya banyak mendapat bimbingan suami, Ab Hakim Parouk, 45, yang turut berpengalaman dalam bidang itu.

“Bermodalkan RM1,000, saya memulakan perniagaan dengan membeli beberapa jenis ikan bilis untuk diniagakan di sekitar pasar di Sabah.

“Selain menjadi pengedar, hasil jualan saya turut diedarkan ke Sarawak dan Semenanjung,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Katanya, kini bagi perusahaan di Pasar Tamu Sabindo, Tawau, Sabah, aneka makanan laut kering seperti ikan bilis, sotong kering, ikan masin dan udang kering ditawarkan kepada pembeli.

Untuk tempahan, hubungi talian 011-27674453 atau kunjungi Facebook Haji Ab Hakim.

RICAH Vickson mengusahakan Strawberry Petshop kerana minatnya terhadap haiwan peliharaan.

Strawberry Petshop sedia keperluan penjagaan haiwan peliharaan

Bermula dengan minat membela kucing, pengusaha Strawberry Petshop yang terletak di Kota Marudu, Sabah ini tampil berkongsi pengalaman menerusi kedai haiwan peliharaan.

Ricah Vickson, 29, yang juga Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) berkata, setiap bulan dia sanggup berhabis wang ringgit demi memberikan penjagaan terbaik kepada tiga kucing kesayangannya.

“Saya memulakan perniagaan ini sekitar 2019 kerana mahu berkongsi pengetahuan tentang keperluan penjagaan haiwan peliharaan.

“Perniagaan Strawberry Petshop menyediakan makanan haiwan peliharaan, mainan dan keperluan lain seperti syampu dan makan tambahan.

“Sambutan menggalakkan turut membolehkan saya membuka kedai kedua dan memberi tumpuan kepada keperluan haiwan ternakan,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Untuk tempahan, kunjungi Facebook, Strawberry Petshop KM atau hubungi talian 010-2620500.

Untuk mengetahui skim pembiayaan perniagaan yang disediakan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia, sila layari: www.aim.gov.my/perkhidmatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya