Pendekatan baharu basmi kemiskinan tegar - Utusan Malaysia

Pendekatan baharu basmi kemiskinan tegar

MUSTAPA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan komited mencapai sasaran membasmi kemiskinan tegar menjelang 2025 dengan sebuah kampung di daerah Sik, Kedah dicadang sebagai lokaliti pertama untuk projek rintis membasmi kemiskinan tegar secara holistik. 

Pendekatan baharu itu melibatkan kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, badan berkanun, universiti, pertubuhan masyarakat sivil (CSO), organisasi berasaskan komuniti (CBO) setempat dan pihak swasta. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, inisiatif itu dibincangkan dalam sesi Poverty Circle Ke-5 yang diadakan susulan lawatan beliau ke Sik, Kedah 6 November lalu.

Ujarnya, usaha tersebut merupakan sebahagian daripada langkah pelaksanaan strategi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang meletakkan sasaran untuk menghapus kemiskinan tegar pada tahun 2025 dengan mentransformasi pendekatan bagi membasmi kemiskinan tegar.

“Selain di daerah Sik, program rintis membasmi kemiskinan tegar ini akan dilaksanakan di beberapa lokaliti lain seluruh negara. Pelaksanaan pendekatan baharu ini memerlukan pangkalan data yang tepat. 

“Justeru, pemutihan data eKasih sedang dilaksanakan oleh pihak Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) bagi memastikan ketelusan dan ketepatan maklumat kumpulan sasar,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurut beliau, berdasarkan pangkalan data eKasih terini, terdapat kira-kira 178,000 ketua isi rumah (KIR) miskin tegar yang produktif iaitu berusia antara 15 hingga 60 tahun di seluruh negara.

“Selaras dengan arahan Perdana Menteri, satu Unit Kemiskinan khusus telah ditubuhkan di EPU untuk menangani isu kemiskinan dengan penugasan semula fungsi dan perjawatan sedia ada. 

“Kerajaan negeri juga dicadang agar menubuhkan unit yang sama di peringkat negeri dan daerah supaya dapat menumpukan sepenuhnya kepada hal-hal kemiskinan,” jelasnya.

Sementara itu, Mustapha dalam ucapannya pada Dialog Majlis Tindakan Ekonomi, Memajukan Kemampanan: Menyediakan Ekonomi untuk Cabaran Iklim memaklumkan,  kesedaran tentang amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) di Malaysia adalah mengikut momentum.

“Perkara ini selaras dengan satu daripada tema utama RMK12 untuk menjadikan Malaysia negara neutral karbon menjelang 2025.

“Penerapan amalan ESG dalam kalangan korporat di Malaysia terbukti dengan lebih banyak syarikat termasuk dalam Indeks FTSE4Good Bursa Malaysia,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya