PETALING JAYA: SEDANIA Innovator Berhad (SEDANIA), melalui anak syarikatnya, Offspring Inc Sdn. Bhd. (Offspring) mengumumkan pembukaan pasaran baharu di Vietnam. Pembukaan pasaran di Vietnam, negara yang mencatatkan perkembangan ekonomi terpantas di Asia, susulan kejayaan syarikat membuka pasaran di negara-negara Asia Pasifik termasuk Singapura, Brunei, Filipina, Kemboja dan Thailand. Pengembangan Offspring di rantau Asia Pasifik adalah usaha penting syarikat dalam meneruskan langkah menakluki pasaran global. Offspring kini berada di tiga benua iaitu Asia, Eropah dan Amerika Utara, kata syarikat itu dalam kenyataan. Pengasas dan pengarah urusan SEDANIA, Datuk Azrin Mohd. Noor…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya