Murni tauke syarikat pembuatan cermin tingkap - Utusan Malaysia

Murni tauke syarikat pembuatan cermin tingkap

PERNIAGAAN Aluminium And Glass yang diusahakan Murni Hassan menerima permintaan menggalakkan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Tindakan berani Murni Hassan, 55, menceburi perniagaan pembuatan cermin tingkap 18 tahun lalu, membuahkan hasil apabila berjaya membuka bengkel dan Syarikat Bumiputera Aluminium And Glass, di Lawas, Sarawak.

Akui Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu, produk berasaskan cermin rumah dan tingkap yang dihasilkan oleh suaminya, Balang Lukas, 55, turut menerima tempahan dari Indonesia.

“Perkhidmatan aluminium dan cermin ini bermula dari idea suami yang mempunyai latar belakang pembuatan barangan keperluan bahan binaan.

“Bermula di rumah, selepas setahun kami berjaya membuka kedai dan membina bengkel sendiri untuk memenuhi permintaan pelanggan,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Kata Murni, syarikatnya menghasilkan pelbagai jenis dengan lapisan dari rona gelap dan terang, dijual mengikut saiz berbeza.

Untuk tempahan, hubungi talian 017-8037673.

MAZIDAH Azmi mengeluarkan aneka keropok dan kerepek berperisa yang lazat menerusi jenama Mayza.

Mayza keluarkan aneka keropok, kerepek

Minat terhadap kudap-kudapan berasaskan telur masin mendorong Mazidah Azmi, 47, untuk mengeluarkan aneka keropok dan kerepek berperisa enak dinikmati seisi keluarga.

Kata Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu, produk Mayza dikeluarkan pada 2019 turut memberikan peluang untuk dirinya menjana pendapatan bagi menampung ekonomi keluarga.

Katanya, bermodalkan RM70, dia memulakan perniagaan dengan membeli bahan-bahan untuk membuat kerepek pisang yang ditambah perisa telur masin dan dijual di pasar sekitar Sarawak.

“Keunikan Mayza adalah ia satu-satunya kerepek pisang telur masin yang terdapat di pasaran.

“Kini, saya mempunyai kilang memproses produk makanan dengan mengeluarkan kudap-kudapan seperti kerepek pisang, keladi, rumpai laut, keju, lada hitam dan banyak lagi,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Kata Mazidah, sebanyak 100 kilogram (kg) kerepek dengan pendapatan mencecah RM10,000 dalam tempoh seminggu berjaya diperoleh dan permintaan berganda menjelang musim perayaan.

Untuk tempahan, pelanggan boleh hubungi 012-8732007 atau kunjungi Facebook, mayzachips dan Instagram Mazidah Azmi.

MEE Kolok Segera yang dikomersialkan Zueema Enterprise mendapat sambutan hangat.

Mi kolok istimewa keluaran Normawati

Hidangan Mee Kolok Segera dikomersialkan Zueema Enterprise menjadi kegemaran masyarakat Sarawak bahkan mendapat Sambutan.

Bagi Normawati Mohd Hamden, 45, produk Mee Kolok Segera dikilangkan di Kuching, Sarawak itu menarik perhatian pelanggan kerana kemudahan dan keenakan produk itu sendiri.

“Perniagaan Zuema Enterprise Mi Kolok Segera bermula sekitar 2015 secara home-based sebelum berpindah ke kilang untuk memenuhi kapasiti penghasilan mi kolok yang lebih banyak.

“Zuema Enterprise menjalankan inovasi terhadap menu terkemuka Sarawak, mi kolok.

“Produk mi kolok segera ini didatangkan dalam dua perisa iaitu ayam dan asli yang kedua-duanya mudah untuk dinikmati,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Untuk tempahan, kunjungi Facebook dan Instagram Zuema atau hubungi talian 016-6914420.

LIHA Mulok menjadikan hobi menyulam sebagai sumber pendapatan.

Seni sulaman Liha kreatif, unik

Mengamati setiap daripada seni sulaman dihasilkan Liha Mulok, 52, diketengahkan di Bangunan Tamu Limbang, Limbang, Sarawak, jelas memperlihatkan ketelitian kerja tangan yang kreatif dan unik.

Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu berkata, minat terhadap dunia jahitan sulam sejak usia remaja membolehkannya menghasilkan sentuhan koleksi sulaman sempurna.

“Setiap tempahan disiapkan dengan sebaik mungkin supaya ia benar-benar menampilkan cita rasa dikehendaki pelanggan.

“Padanan benang sulaman rona ceria dengan perincian seperti reben dan manik membuatkan hasil seni ini lebih menyerlah.

“Saya menghasilkan pelbagai produk sulaman termasuk kasut bayi, beg, tapak bunga dan tali penyambung pelitup muka,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Akui Liha, mempunyai peminat sendiri yang yakin dengan kualiti dan kreativiti yang dihasilkannya.

Untuk tempahan, boleh hubungi 014-3125475 atau kunjungi Facebook LIHAMULOK.

Untuk mengetahui skim pembiayaan perniagaan yang disediakan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia, sila layari: www.aim.gov.my/perkhidmatan. – UTUSAN

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya