MSD 2021 perkasa literasi kewangan - Utusan Malaysia

MSD 2021 perkasa literasi kewangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERMODALAN Nasional Berhad (PNB) bertekad meneruskan usaha memartabatkan tahap literasi kewangan negara dan  memperkasa rakyat Malaysia untuk membuat keputusan kewangan yang lebih baik demi kesejahteraan jangka panjang.

Usaha itu diteruskan melalui penganjuran Minggu Saham Digital (MSD) 2021.

Bertemakan #laburbersama, MSD 2021 akan bermula dari 17 hingga 23 November ini.

Pelbagai aktiviti menarik bertujuan mendidik dan meningkatkan pemahaman orang ramai tentang perancangan kewangan dalam format hibur didik dianjurkan sepanjang tujuh hari MSD 2021.

Penganjuran tahun ini padat dengan pelbagai program pada setiap hari antara 12.30 tengah hari hingga 10.30 malam  melalui halaman Facebook rasmi dan saluran YouTube.

AHMAD ZULQARNAIN ONN

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, dengan matlamat yang sama seperti  MSAM sebelum ini, MSD kekal sebagai program literasi kewangan bersepadu PNB untuk mencapai matlamat ini.

Penonton bakal disajikan dengan pelbagai program hibur didik berasaskan kewangan, pelaburan, keusahawanan dan ekonomi seperti Bijak Finance, Raiz Bersama, Sembang-Sembang dan Siri Masterclass MBA bersama pakar khusus bidang, personaliti dan selebriti.

Siri Masterclass MBA, anjuran bersama Asia School of BusinessICLIF, yang akan menampilkan tiga tenaga pengajar  pakarnya iaitu Penolong Profesor Pemasaran  dan Felo Fakulti Antarabangsa, Prof. Willem Smit; Penasihat Kanan Pembangunan Perniagaan dan Tadbir Urus Korporat, Dr. Elsa Satkunasingam dan Ketua, Bim bingan dan Kaunseling, Michele Sagan.

MSD dianjurkan bersama syarikat pelaburan dan rakan korporat PNB iaitu Maybank, Sime Darby Plantation Berhad dan  UMW Holdings Berhad dalam kategori Rakan Premier.

Sime Darby Berhad, Sime Darby Property Berhad, S P Setia Berhad, MIDF Berhad dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) pula dalam kategori Rakan Utama; manakala MNRB Holdings Berhad (MNRB), CCM Berhad, Duopharma Biotech Berhad, Velesto Energy Berhad, Sapura Energy Berhad, dan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. dalam  kategori Rakan.

ABDUL FARID ALIAS

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Abdul Farid Alias berkata, bersempena MSD 2021, Maybank telah menyediakan pelbagai program menarik untuk pengunjung dan peserta acara maya itu.

“Antaranya, webinar mengenai asas pelaburan dalam unit amanah, pelan insurans dan juga takaful untuk diri sendiri dan  orang tersayang,” katanya.

 

MOHAMAD HELMY OTHMAN BASHA

Pengarah Urusan Kumpulan Sime Darby Plantation, Mohamad Helmy Othman Basha pula berkata, beliau dan rakan-rakan di Sime Darby Plantation teruja untuk kembali bersama PNB dalam MSD 2021.

“Kami akan berkongsi pelbagai transformasi yang kami telah laksanakan. Ini termasuk pengalaman kami dalam industri
minyak sawit serta peluang yang ada untuk rakyat Malaysia,” ujar beliau.

AHMAD FUAAD MOHD KENALI

Bagi Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings, Datuk Ahmad Fuaad Mohd Kenali pula, sebagai satu daripada syarikat strategik PNB, Kumpulan UMW amat berbesar hati dan berbangga dengan penglibatannya dalam  MSAM sebagai rakan kongsi utama sejak 2000 termasuk MSD 2021.

“Semoga usaha murni PNB akan terus berjaya dalam menjadikan rakyat Malaysia lebih celik kewangan dan cekap dalam
melabur untuk masa depan yang lebih cerah,” kata beliau.

MSD 2021 turut menawarkan hadiah menarik untuk peraduan utama, Jom… Kira Duit, iaitu sebuah Hyundai Kona tajaan Sime Darby Berhad, sebuah Toyota Yaris tajaan UMW Holdings, sebuah Perodua Ativa tajaan Perodua dan motosikal Honda Dash 125 tajaan MIDF.

Selain itu, banyak lagi hadiah bernilai lebih RM500,000 turut ditawarkan kepada para peserta yang turut berpeluang  menangi e-baucar sebanyak 2,400 unit melalui cabutan bertuah.

Penonton juga berpeluang memenangi e-baucar melalui program Live Trivia sebanyak 19 episod dengan setiap episod menawarkan 10 e-baucar.

Untuk melihat jadual dan menyertai program MSD2021, layari www.minggusahamdigital.com.my atau  @minggusahamdigital di Facebook dan saluran YouTube Minggu Saham Digital. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya