SIAPA sangka, dari minat membuat aneka jenis kuih talam kemudiannya dijadikan sumber pendapatan yang lumayan.
Bagi pemilik syarikat Pelangi Talam Enterprise, Halimah Idris, 44, tempahan demi tempahan yang diterima secara kecil-kecilan akhirnya menjadi satu perniagaan baharu bagi dirinya.
Menurut Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu, tarikan utama kuih tradisional dihasilkan adalah susunan kuih itu sendiri.
“Antara perisa kuih talam menjadi kegemaran ramai adalah kole kacang, lapisan pelangi, seri muka pandan dan seri muka durian.
“Saya turut memilih perniagaan kuih talam ini kerana mahu meneruskan legasi agar kuih tradisional itu tidak lapuk dek zaman.
“Purata penjualan kuih talam sepanjang seminggu boleh mencecah dari 50 hingga 60 talam setiap hari,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.
Untuk tempahan, hubungi 017-2212792 atau kunjungi Facebook Emma Asri dan Instagram Limah Pelangi.
Istimewa Otak-Otak Bonda hasil tangan Anita
MINAT dan idea untuk mengusahakan bengkel memproses otak-otak timbul apabila Anita Hasan, 48, mula mendapat tempahan sehingga 5,000 keping otakotak sehari.
Akui pengusaha Otak-Otak Bonda itu, dia tidak menjangka perniagaan di rumah sekitar 2014 membolehkan dirinya membangunkan bengkel untuk memproses hampir 7,000 otak-otak sehari.
Kata Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu, dia turut memperkenalkan Otak Daun Sata dan Pepes Ayam yang mendapat perhatian pelanggan.
“Otak-otak dan satar yang saya hasilkan, diproses sendiri menggunakan bahan utama iaitu ikan segar bersama resipi yang diadun khas oleh saya sendiri.
“Rasanya yang mewah dengan isi ikan membuatkan pelanggan tertarik. Produk tahan lama dan harganya berbaloi,” katanya.
Untuk tempahan, hubungi Facebook Instagram Otak Otak Bonda atau hubungi 017-3096763.
JR Auto sedia perkhidmatan baiki kenderaan
MEMULAKAN perniagaan perkhidmatan membaiki kereta di rumah, kini Julainah Mohamad Yasin, 54, membuka bengkel automotif, JR Auto Performance M Sdn. Bhd.
Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu berkata, bengkel berkenaan dikendalikan bersama suaminya dan dilengkapi mesin peralatan komputer terkini bagi membaiki kenderaan import.
“Tidak ramai pemilik bengkel automotif daripada masyarakat Melayu kerana modal membeli peralatan komputer tinggi dan perlu sentiasa dikemas kini mengikut keperluan.
“Namun, atas pengalaman suami, saya memberanikan diri untuk labur modal bagi menaik tarafkan keperluan bengkel ini,”
katanya ketika dihubungi, barubaru ini.
Berikutan sambutan baik pelanggan dan pengalaman yang ada sejak 20 tahun, JR Auto katanya, mampu memuatkan hampir 10 kereta dalam satu masa.
Waktu yang diperlukan untuk membaiki kereta bergantung kepada masalah kenderaan itu.
Untuk pertanyaan, kunjungi Facebook, Julainah Mohd Yasin dan Instagram JR Auto Performance M Sdn Bhd atau
hubungi 06-2816157 dan 012-6433767.
Biskut ‘buah tangan’ perkahwinan anak tarikan pelanggan
SEMUANYA bermula apabila biskut yang dijadikan `buah tangan’ pada majlis perkahwinan anak perempuannya mendapat
pujian ramai.
Tercetus ilham bagi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Zaleha Sharif, 62, untuk mengetengahkan Chombee Cookies pada Mac lalu dan mula mencuri hati pelanggan.
“Sejak 2019 lagi saya sudah berminat untuk menjual biskut. Namun, hanya menjadi kenyataan selepas saya mendapat
dorongan dan sambutan dalam kalangan keluarga.
“Pengalaman diberi peluang pihak AIM menyertai program Like & Share melalui Facebook page AIM dan Ramadhan
Bersama Shell untuk membuat promosi turut mengetengahkan minat saya,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.
Kata Zaleha, Chombee Cookies menawarkan empat pilihan biskut premium iaitu Almond, Oreo, Walnut dan Peanut Chocolate Chip Cookies yang masing-masing memberikan kelainan rasa, pada masa sama menitik beratkan kualiti.
Untuk tempahan, hubungi talian 016-3432606 atau Facebook chombeecookies dan Instagram cookies chombee.
Untuk mengetahui skim pembiayaan perniagaan yang disediakan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia, sila layari:
www.aim.gov.my/perkhidmatan. – UTUSAN