PETALING JAYA: Majlis Amanah Rakyat (Mara) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) dan Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA) bagi melahirkan lebih ramai pelajar profesional di samping memastikan kebolehpasaran graduan membina kerjaya dalam bidang perakaunan. MoU itu ditandatangani oleh Ketua Pengarah Mara, Datuk Azhar Abdul Manaf sementara ACCA diwakili Pemangku Ketua Portfolio ACCA Maritim Asia Tenggara, Andrew Lim dan MICPA diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Novie Tajuddin. Majlis tersebut disaksikan oleh Pengerusi MARA, Datuk Seri Azizah Mohd. Dun; Pemangku Ketua ACCA Malaysia, Hishamuddin Abdul Jalil dan Naib…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya