Lempeng sambal ikan terkenal di Terengganu sukar untuk ditemui di restoran biasa, mendorong ibu dan anak ini memperkenalkan hidangan tempatan digemari masyarakat Pantai Timur.
Nur Alyaa Nabilah Abdul Rani, 29, bersama ibunya, Napisah Kembar, 64, kedua-keduanya Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), mengambil peluang menghasilkan produk lempeng sambal ikan secara sejuk beku.
“Lempeng sambal ikan sejuk beku keluaran NY Licious & Frozen adalah antara juadah digemari, selain kuih muih tradisional.
“Sesuai dengan tagline, ‘Lempeng Sambal Warisan’, lempeng sambal ikan sejuk beku ini antara hidangan yang dapat mengubati kerinduan terhadap hidangan kampung,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.
Menurut Nur Alyaa Nabilah, dengan bantuan ibunya dia mampu memenuhi permintaan lebih 50 bungkus lempeng sambal ikan sejuk beku sehari dan dijual pada harga RM5 setiap satu.
Untuk tempahan, kunjungi Facebook Nana Yaya dan Instagram Nana Yaya atau hubungi 011-11778367.
———————————————————————————–
Keropok goreng vacum Zuraina lebih enak
Bijak menyusun strategi, Pengusaha Lima Maju Resources, Zuraina Mohd. Zukri, 41, mengetengahkan keropok goreng vacum yang lebih enak untuk dinikmati semua.
Menurut Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) ini, Keropok Lekor 05 Zurainalong diperbuat daripada isi ikan laut segar selain keenakan keropok keping, keropok lekor, keropok goreng vacuum dan satar ikan.
“Saya mengambil pendekatan dengan membuat promosi di Facebook Live hampir setiap hari untuk memperkenalkan keropok losong vacum.
“Syukur alhamdulillah, hari ini saya mempunyai agen di setiap negeri dan hampir 120 kilogram (kg) keropok dihasilkan setiap hari,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.
Katanya, Keropok Lekor 05 Zurainalong dijual pada harga pasaran RM8 sebungkus mengandungi 20 keping keropok losong bersama sos pencicah.
Untuk tempahan, kunjungi Facebook Zurainalong atau hubungi talian 018-9131145.
———————————————————————————–
Hobi berkebun hasilkan pendapatan lumayan
Hobi ada kalanya menghasilkan pendapatan lumayan. Ini yang berlaku kepada Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Rodziah Mohd. Yatim, 60.
Hobinya berkebun dengan menanam timun secara kecil-kecilan, telah bertukar menjadi perniagaan yang menguntungkan.
Kata pengusaha Khasheefah Enterprise itu, tindakan anaknya, Mohamad Khairul Mohd Amin, 34, berhenti kerja sebagai Pegawai Veterinar menguatkan lagi semangatnya.
“Saya bermula dengan menjual timun di Pasar Borong Selayang dengan dibantu oleh anak saya.
“Sekiranya cuaca baik, timun dihasilkan boleh mencecah 30 tan untuk diedarkan dan pada musim hujan pula hanya 15 atau 20 tan,” katanya.
Kata Rodziah, selain menjaga pokok timun dengan baik, baja juga memainkan peranan penting untuk mendapatkan hasil tanaman yang sihat dan banyak.
Kepada mana-mana pihak yang ingin mendapatkan pembekal timun yang segar dan berkualiti, boleh hubungi talian 012-3600 664 atau layari Facebook mohd khairul,” katanya.
—————————————————————————————–
Pes ikan bakar resipi bonda istimewa
Terkenal dengan keenakan resepi pes ikan bakar ibu, Rosmawati Ramli, 36, mengakui hidangan yang disediakan di Yu Fried Chicken Corner, Dungun, Terengganu, berbeza dari biasa.
“Setiap menu ikan bakar dimasak panas bagi memastikan kesegaran terpelihara dalam setiap hidangan, selain pelanggan dapat menikmati resepi pes ikan bakar ibu saya sendiri.
“Untuk menyediakan pes enak ini mengambil masa sehingga enam jam. Ini kerana, saya mahu pastikan ia benar-benar masak dan rasanya tetap sama ketika dinikmati pelanggan,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.
Rosmawati yang juga Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), berkata, pes dihasilkan itu juga sesuai dinikmati bersama hidangan laut yang lain seperti ketam, udang dan kerang.
Katanya, hampir 200 bekas pes dihasilkan setiap hari dan dijual serendah RM5 bagi setiap 300 gram (g).
Untuk tempahan, hubungi 014-8490163 atau kunjungi Facebook, Rosmawati Ramli dan Instagram ezzawatie.
Untuk mengetahui skim pembiayaan perniagaan yang disediakan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia, sila layari:
www.aim.gov.my/perkhidmatan. – UTUSAN