MEMULAKAN perniagaan dengan modal RM10,000, pengusaha keropok lekor, Norashikin Mat Taib, 48, menarik nafas lega apabila perniagaan Keropok Kamal Zaidi Pok Die mendapat sambutan.
Menurut Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) ini, perniagaan dimulakan 11 tahun lalu menumpukan penghasilan keropok lekor siap direbus, segar dan proses vacuum bagi
memberikan ketahanan lebih lama.
“Saya memulakan perniagaan ini bersama suami, Kamal Zaidi Manaf, dengan menghasilkan keropok lekor segar dari rumah.
“Selain keropok lekor rebus, saya juga mengetengahkan keropok lekor vacuum dan kualiti tahan lebih lama,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.
Kata Nor Ashikin, penghasilan keropok lekor dilakukan setiap hari dalam anggaran 40 kilogram (kg) bagi memenuhi tempahan pelanggan sekitar Pahang dan luar negeri.
“Untuk tempahan, pelanggan boleh hubungi talian 013-9019589 atau layari Facebook, Kamal Zaidi Pok Die dan Instagram, pok_die,” katanya.
Aroma lemang periuk kera Noraniza memukau
MENGGUNAKAN tagline ‘lemang leleh aroma memukau’, kualiti lemang periuk kera dihasilkan Noraniza Kamsani, 35, unik dengan aroma membangkitkan selera.
Pemilik Syarikat NR Services and Resources itu berkata, dia tidak menjangka sambutan diterima amat memberangsangkan kerana memulakan perniagaan makanan eksotik itu sebagai hobi.
“Pada awal tahun lalu, selepas berhenti kerja, saya mula berniaga secara serius kerana melihat peluang perniagaan makanan ini yang cukup luas.
“Saya juga menjual menu lain seperti nasi ambeng, laksa Johor dan pelbagai makanan untuk memenuhi selera pelanggan,” katanya ketika dihubungi, barubaru ini.
Noraniza yang juga Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) berkata, penyediaan lemang periuk kera sejuk beku lebih mudah dan ringkas jika dibandingkan dengan lemang buluh.
Maklumat lebih lanjut boleh hubungi 019-9366202 atau layari Facebook, Lemang Periuk Kera Premium dan Instagram, lemangperiukkerapremium.
Jahitan kraftangan, beg songket jadi sumber pendapatan
SIAPA sangka, bermula hanya sekadar mengisi masa lapang, namun akhirnya hobi menjahit beg songket bertukar menjadi perniagaan yang menguntungkan.
Fazdziliaton Akma Abd Ghapar, 49, kini sudah memiliki Ella Craftee Shop dengan menjahit beg songket.
Kata Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu, pengalaman dalam perniagaan menjahit bermula dengan mengambil upah secara pukal untuk menghasilkan beg kitar semula.
“Saya kemudiannya melibatkan diri dalam bidang jahitan kraftangan bagi memenuhi ajakan rakan untuk sama-sama menghadiri kursus jahitan kraftangan, di Puchong, Selangor.
“Pada 2017, berbekalkan mesin jahit tepi dan mesin jahit kecil, saya mampu menjahit pelbagai reka bentuk beg.
“Pada waktu itu, saya mendapat tempahan secara pukal anggaran RM30 hingga RM100 untuk menyiapkan beg kitar semula pelbagai saiz bagi tempoh dua minggu,” katanya
ketika dihubungi, baru-baru ini.
Menurutnya, apabila mengikut suaminya berpindah ke Kuantan, Pahang pada hujung 2018, minatnya terhadap seni jahitan beg tetap teguh dan ia kekal hingga sekarang.
Untuk tempahan, hubungi 013- 2104333 atau layari Facebook dan Instagram, Ella Craftee Shop
Rempeyek Wan Industry tembusi pasaran Thailand
MEMULAKAN perusahaan makanan tradisional dengan menjual rempeyek, pengurus syarikat Wan Industry, Wan Maslina Wan Mahmod, 36, tidak menjangkakan hidangan itu membawa kepada harapan baharu.
Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu berkata, sebagai generasi kedua dalam perniagaan keluarga dimulakan sejak 1988, dia nekad untuk memperluaskan perniagaan
dikendalikan empat tahun lalu.
“Syarikat Wan Industry diusahakan oleh bapa, Wan Mahmood Wan Abdul Rahman yang pada awalnya dijalankan secara kecilkecilan dengan menjual rempeyek.
“Saya tidak sangka, kini syarikat mempunyai dua cawangan terletak di Kuantan dan Pekan, Pahang. Rempeyek Wan Industry juga berjaya menembusi pasaran
ASEAN Mall, Thailand.
“Sebanyak 120 balang makanan ringan tradisional dapat dihasilkan sehari dan untuk sebulan boleh mencapai 3,200 balang mengikut permintaan,” katanya ketika
dihubungi, baru-baru ini.
Maklumat lanjut boleh hubungi 017-9777748 atau layari Facebook dan Instagram, Wan Industry dan website: wanindustry
Untuk mengetahui skim pembiayaan perniagaan yang disediakan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia, sila layari: www.aim.gov.my/perkhidmatan. – UTUSAN