‘Jualan jalanan, rasa orang kaya’ - Utusan Malaysia

‘Jualan jalanan, rasa orang kaya’

NATASHA Baharuddin menghasilkan Tauhu Bergedil Terbelohaa yang cukup menyelerakan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Karakter diri yang gemarkan cabaran membawa kejayaan dalam perniagaan berasaskan makanan.

Natasha Baharuddin, 34, Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), kini bangga kerana perniagaan Tauhu Bergedil Terbelohaa yang diusahakan memiliki 10 ejen sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Dia juga bertuah kerana kesemua ejen sangat aktif membuat promosi di samping tempahan yang konsisten.

“Bermula dengan cuba jual secara siap bungkus melalui jualan but kereta di Tasik Titiwangsa, tauhu begedil ini mendapat sambutan dengan baik.

“Bermodalkan RM1,000, saya gunakan untuk membeli bahan mentah dan peralatan. Dari 50 set bersamaan 250 tauhu bergedil kini mencecah 4,200 set sebulan.

“Suami saya, Safarruddin Aliman, 42, banyak menolong dari mula proses pembelian bahan, penyediaan, memasak sehingga menjual, membuatkan perniagaan lebih berkembang,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Menurut Natasha, Tauhu Bergedil Terbelohaa penuh dan padat dengan inti. Ia dihasilkan menggunakan ramuan asli ciptaannya sendiri.

Dia mempunya moto tersendiri iaitu ‘Jualan jalanan, rasa orang kaya’.

Untuk tempahan, hubungi 018-3782684 atau kunjungi Facebook, tauhubegedilterbelohaa dan Instagram, tauhubegedilterbelohaahq.

 

NORHAYATI Zali bersama muruku yang dihasilkan dengan resipi istimewa.

Berniaga muruku tingkat ekonomi keluarga

Pergerakan siku kiri terbatas kerana kemalangan tiga tahun lalu tidak mematahkan semangat Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) ini untuk meneruskan kehidupan menerusi jualan Muruku.

Norhayati Zali, 39, berkata, produk kudapan itu dihasilkannya menggunakan resipi tersendiri.

“Kekerapan saya keluar masuk hospital antara faktor sumber kewangan menyusut dan mula mencari alternatif untuk menjana pendapatan.

“Pengenalan maruku ini dilakukan menerusi satu majlis keraian potluck yang memerlukan saya membawa makanan ke pejabat.

“Maruku dihasilkan menawarkan rasa yang unik, menggunakan tepung bermutu tinggi dan campuran herba untuk menghasilkan rasa yang berbeza,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

‘Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi talian 011-21180307 atau layari Facebook, Yati Zali dan Instagram, yatizali.

NUR Hafiza Shamim Ahmad bersama produk 1 Chopati dihasilkannya.

Warisi resipi buat capati daripada arwah ibu

Meneruskan legasi perniagaan keluarga, One Chopati berkembang dengan pesat apabila mempunyai empat cawangan di sekitar ibu kota.

Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Nur Hafiza Shamim Ahmad, 40, berkata, keluarganya mengusahakan perniagaan capati sejak 1986 di Pasar Datuk Keramat.

“Namun, perniagaan itu tidak dapat diteruskan sepenuhnya kerana ibu sakit pada 2005.

“Arwah ibu sempat menurunkan resipi utama keema daging yang amat sinonim dengan capati dan perniagaan kami,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Dengan modal RM3,000 dia cuba memulakan perniagaan capati di Medan Selera Keramat Mall dan dibantu seorang pekerja.

“Keunikan roti capati dan poori kami adalah teksturnya yang lembut dan gebu dipadankan dengan hidangan kuah sememangnya membangkit selera,” katanya.

Untuk tempahan, boleh kunjungi Facebook, 1 Chopati dan Instagram 1chopati atau boleh hubungi talian 013-3443123.

Norliana Md Juda mencari rezeki dengan berniaga putu piring.

‘Air tangan mak pilihan kita’

Menggunakan tagline: ‘Air tangan mak pilihan kita’, putu piring yang diketengahkan FLYTURE LINK, memberikan sentimen nostalgia bagi setiap suapan.

Peniaga Putu Piring Cek Melah, Norliana Md Juda, 36, berkata, perniagaan putu piring yang diusahakan keluarganya sejak 1985 dijadikan jalan keluar dari status muflis pada 2018.

Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu berkata, dia nekad untuk mencari solusi bagi meneruskan kehidupan dan menampung keperluan keluarga.

“Saya mula berniaga Putu Piring Cek Melah di tepi jalan dan kini mempunyai lima cawangan di sekitar Kuala Lumpur.

“Bermula dengan modal RM6,000 dari AIM, saya menggunakannya dengan cermat untuk memastikan pulangan modal bagi meneruskan perniagaan,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Untuk membuat tempahan, boleh hubungi Norliana di talian 016-9349662 atau layari Facebook, putupiringcekmelah dan Instagram, lianajuda_cekmelahfood.

Untuk mengetahui skim pembiayaan perniagaan yang disediakan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia, sila layari: www.aim.gov.my/perkhidmatan. – UTUSAN\

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya