KEMAMPUAN Intan Abdullah, 41, memberanikan diri menceburi industri pembekalan gas dan peralatan gas serta oksigen perubatan selayaknya dijadikan contoh oleh wanita lain.
Pemilik Syarikat Sox Oxygen Enterprise yang bertapak di Kuching Sarawak ini berkata, bidang yang diceburi sejak lapan tahun lalu banyak mengajar dirinya untuk berdisiplin memajukan perniagaan.
Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu berkata, sungguhpun harga gas dibekalkan sedikit tinggi berbanding pasaran kilang, namun dia mempunyai strategi tersendiri untuk memikat hati pelanggan.
“Pada saya, paling penting adalah perkhidmatan terbaik dan menyeluruh diberikan kepada pelanggan sama ada secara individu mahupun syarikat.
“Perkhidmatan disediakan syarikat saya juga lebih mudah, pantas dan bagus berbanding perkhidmatan gas dari kilang,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.
Kata penerima anugerah Usahawan Berjaya AIM 2017 itu, dia menawarkan pelbagai kategori gas bergantung kepada kegunaan pelanggan termasuk untuk majlis, penghasilan minuman, perikanan dan perubatan.
Untuk tempahan 012- 8864328 atau tempahan menerusi Facebook Puan Intan Sox dan SOX OXYGEN ENTERPRISE serta SOX OXYGEN ENTERPRISE.
Minat dorong Suilie buka kedai pakaian, peralatan sukan
MINAT terhadap sukan badminton mendorong Suilie Tambud, 49, untuk membuka kedai pakaian dan peralatan sukan Goshen Sport And Silk Printing di Kota Marudu, Sabah.
Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu berkata, perniagaan dimulakan sekitar 23 tahun lalu dan kini berkembang kepada perkhidmatan sulaman serta percetakan baju korporat dan jersi sukan.
“Saya memberi tumpuan kepada produk berkaitan sukan badminton seperti raket, kasut dan pakaian sukan serta tempahan trofi.
“Bagi perkhidmatan sulaman, saya juga mengetengahkan pakej cetakan baju seperti jersi bola sepak dengan menggunakan teknik cetakan manual,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.
Untuk tempahan hubungi ttalian 011-36471971 atau kunjungi Facebook, Goshen Sport And Silk Printing.
Tineh sudah mampu gaji pekerja, raih pendapatan lima angka
BERMULA hanya menerima tempahan jahitan di rumah, kini Tineh Jimeh, 41, mampu menjana pendapatan lima angka menerusi perkhidmatan menjahit pakaian korporat dan
sekolah.
Lebih membanggakan, Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu berkata, bagi memberikan perkhidmatan jahitan lebih baik dia membuka Kedai Pakaian Fikni, Beaufort,
Sabah.
“Kini, saya mampu membuka satu lagi kedai jahitan dan pakaian selain mampu menggaji lebih ramai pekerja.
“Saya memberi keutamaan kepada ibu tunggal yang komited untuk menjana pendapatan tambahan dari rumah,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.
Untuk tempahan, hubungi 012-8667210 atau kunjungi Facebook, Tineh Jimeh.
Durian Crepe Rabi, pemanis mulut istimewa
SAMBUTAN jualan durian crepe yang menggalakkan mendorong Aishah Salleh, 29, untuk menjadi pengedar produk Durian Crepe Rabi di Miri, Sarawak.
Kata Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu, pemanis mulut berkenaan terus digemari oleh setiap lapisan masyarakat.
“Pengusaha durian crepe ini berasal dari Semenanjung dan saya mula menjadi pengedar sejak 2019 dengan 25 jenis durian crepe pelbagai perisa.
“Antara perisa yang ada adalah durian crepe keju, kaya pandan, mangga, batik, bluberi dan kek durian musang king,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.
Katanya, setiap bekas ada enam biji durian crepe, dijual pada harga RM25 dan setiap perisa durian crepe terhad mengikut musim.
Untuk tempahan, kunjungi Facebook, Aishah Khoo dan FB PAGES, Durian Crepe Sarawak serta Instagram duriancrepe_esyakhoo atau hubungi 011-58757449 dan 011-25087334.
Untuk mengetahui skim pembiayaan perniagaan yang disediakan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia, sila layari: www.aim.gov.my/perkhidmatan. – UTUSAN