Hikmah PKP, Latipah buka kedai runcit - Utusan Malaysia

Hikmah PKP, Latipah buka kedai runcit

LATIPAH Ahmad bergambar di hadapan kedai runcit miliknya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGI pengusaha kedai runcit Generi Indah, Latipah Ahmad, 57, terdapat hikmah di sebalik pandemik Covid-19 kerana membuka  mindanya untuk menyusun strategi perniagaan.

Latipah yang juga Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) berkata, di samping berniaga untuk dirinya, dia turut membuka peluang  kepada Sahabat AIM di kawasan sekitar terjejas pendapatan.

“Saya menjual barangan runcit kepada mereka pada harga borong untuk dijual kepada pelanggan Sahabat AIM yang tinggal di  kawasan pendalaman.

“Bagi barangan basah seperti ikan kembung, sebelum ini saya hanya memesan 20 kilogram (kg) tetapi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, saya perlu sediakan hampir 100 kg ikan,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Katanya, kedai runcit Generi Indah menawarkan barangan runcit kering dan basah termasuk bawang, ikan, ayam, daging, makanan laut dan banyak lagi.

“Untuk mendapatkan perkhidmatan penghantaran barangan runcit ke rumah pelanggan, mereka boleh menghubungi talian 019-6802353,” katanya.

SITI Shakirah Ibrahim bersama produk Sambal Garing Cik Ira yang dihasilkan syarikatnya.

Sambal Garing Cik Ira tepati cita rasa

DEMI meneruskan kelangsungan hidup, Siti Shakirah Ibrahim, 40, nekad untuk memulakan perniagaan nasi lemak dan kuih-muih dari
rumah.

Menurut pemilik syarikat Puncak Impian Enterprise itu, dia turut menawarkan perkhidmatan mini katering sekitar 2018.

“Antara produk dihasilkan adalah karipap sejuk beku dan sambal tumis segera yang dijual kepada pelanggan sekitar Kedah.

“Idea mengeluarkan produk Sambal Garing Cik Ira tercetus apabila sambal garing yang dihasilkan sebagai percubaan mendapat permintaan yang tinggi,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Siti Shakirah yang juga Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) berkata, keistimewaan produk syarikatnya adalah, ia sangat menepati selera dan cita rasa penduduk sekitar dan tempatan.

“Sambal ini enak dimakan dengan nasi putih, roti, bubur dan lain-lain,’ katanya.

Bagi anda yang ingin membuat tempahan, boleh menghubungi talian 017- 449 0093 atau kunjungi Facebook Siti Ibrahim.

SYAERIEL Corner milik Syazliaida Abdul Ghani menawarkan aneka masakan panas untuk pilihan pelanggan.

Syaeriel Corner tawar aneka masakan panas

MENAWARKAN pelbagai menu masakan panas, Syaeriel Corner, milik Syazliaida Abdul Ghani, 45, yang terletak di Kompleks Gerai  Makan, Jelutong, Pulau Pinang sentiasa mendapat sambutan ramai.

Syazliaida merupakan Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) berkata, dia memulakan perniagaan sejak 15 tahun lalu dengan menyewa tapak gerai bagi berniaga laksa dan makanan barat.

“Antara menu menarik adalah Nasi Goreng Ayam, Nasi Goreng Seafood dan banyak lagi dengan harga yang murah.

“Sambutan yang diterima membolehkan saya mengembangkan perniagaan dengan menjual pelbagai jenis masakan lain.

“Antara menu yang turut mendapat sambutan adalah mi jawa kerana dibuat menggunakan resipi sendiri,” katanya ketika dihubungi,
baru-baru ini.

Untuk tempahan, hubungi 017-534 0127 dan Facebook liliaida.

PEMILIK syarikat ZBT Impian Jaya, Zaliha Thamin, memulakan jualan ayam perap, Ayam Kampung Oori.

Ayam Kampung Oori dapat sambutan

SAHABAT Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Zaliha Thamin, 48, sama sekali tidak menyangka pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membawa dirinya untuk memulakan jualan ayam perap dan segar, serta Ayam Kampung Oori.

Kata pengusaha perniagaan ZBT Impian Jaya ini, perusahaan dimulakan awal Jun lalu mendapat sambutan menggalakkan sekitar  kawasan Kuala Ketil, Kedah.

“Dalam tempoh dua minggu sahaja, lebih 20 ayam perap Ayam Kampung Oori laris dijual di sekitar kawasan tempat tinggal saya.

“Segala proses dilakukan sendiri dan beroperasi hanya di rumah sahaja.

“Harga dijual bermula dengan RM15 satu kilogram (kg) bergantung pada saiz ayam,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Untuk tempahan, hubungi 013-300 1973 atau kunjungi Facebook, ZBT Impian Jaya. – UTUSAN

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya