GABUNGAN pati gaharu dengan haruman mawar, vanila, strawberi, dan coklat sememangnya begitu digemari kerana ia dapat memberi ketenangan dan hidup yang lebih nyaman untuk kediaman.
Itulah yang menjadikan perniagaan Bakhoor Gaharu Wangian Rumah milik Aminah Saad, 36, yang bernaung di bawah syarikat Gaharu Lestari Resources Sdn. Bhd. dan semakin mendapat tempat di hati pelanggan.
“Produk berasaskan gaharu diketengahkan bermula dengan Teh Gaharu kemudian berkembang kepada minyak wangi dan haruman bakhoor.
“Bakhoor yang ditawarkan kepada pelanggan diperbuat daripada kayu gaharu, hampas dan daun gaharu yang diadun dengan haruman pilihan,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.
Aminah yang juga Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) berkata, Bakhoor Gaharu menawarkan lima pilihan bauan iaitu oud rose, vanilla, amber strawberry dan chocolate.
“Harga bagi satu set lengkap haruman Bakhoor Gaharu bermula RM50 hingga RM160 didatangkan bersama bekas, arang dan pemantik api,” katanya.
Untuk tempahan, hubungi talian 018-2306585 atau kunjungi Facebook Aminah Saad, Instagram Aminah Saad dan laman web www.gaharulestari.com,” katanya.
————————————————————————————————————————
Usahakan perniagaan telor masin jeruk
PENGALAMAN mencuba telur masin jeruk yang dihasilkan kenalan, memberi idea kepada Zuraina Mohd. Rejab, 41, untuk
mengetengahkan D’rasau Telor Masin Jeruk.
Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu berkata, sebagai suri rumah dia mahu membantu mencari pendapatan tambahan buat keluarga.
“Pertama kali mencuba, saya mula tertarik dengan rasanya yang cukup unik, enak dan tidak terlalu masin.
“Menggunakan tanah terbiar di belakang rumah, saya mula membela itik bagi mendapatkan sumber telur untuk dijadikan telur masin, ” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.
Kata Zuraina, telur masin dihasilkan kemudiannya dijual dalam balang dengan harga RM6 bagi 6 biji dan telur itik mentah pula dijual dengan harga 80 sen sebiji.
“Untuk maklumat lebih lanjut boleh hubungi saya di talian 011-11027197 atau layari Facebook dan Instagram, YangAina,”
katanya.
———————————————————————————————————————-
Jaz Ayam Madu penuhi citarasa pelanggan
BERMULA dengan hanya 10 ekor ayam panggang madu, kini dalam sehari Jaz Ayam Madu mendapat tempahan lebih 60 ekor untuk pelanggan di sekitar Perak.
Junaidah Umar, 49, yang juga Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) berkata, Jaz Ayam Madu mendapat perhatian apabila diperkenalkan di tapak pasar pagi dan petang sekitar Perak.
“Kualiti ayam digunakan menjadi faktor utama ayam panggang madu ini mendapat sambutan menggalakkan daripada
pelanggan.
“Penggunaan rempah ratus khas dan proses perapan ayam dilakukan secara berasingan menyebabkan ayam panggang madu ini mempunyai rasa yang istimewa dan enak,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.
Kata Junaidah, ayam panggang dihasilkan olehnya bebas dari penggunaan bahan pengawet dan ia menggunakan pes perapan yang disediakan sendiri.
Untuk tempahan, hubungi 012-3674841 atau kunjungi Facebook Junaidah Umar dan Instagram junaidahumar.
————————————————————————————————————————-
Nur Fathiah minat berniaga sejak usia 13 tahun
MINATNYA untuk menceburi bidang perniagaan dipendam sejak berusia 13 tahun dikembangkan sehingga mampu mengusahakan syarikat Fathiah Husin Enterprise.
Nur Fathiah Husin, 26, Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) berkata, perniagaan diusahakan sejak 2018 itu, mengetengahkan hidangan nasi briyani pelbagai lauk.
“Rahsia keenakan nasi biryani yang dijual adalah terletak pada aroma dan padanan lauk ayam dan kambing yang dimasak dengan rempah harum yang saya hasilkan sendiri.
“Saya juga menawarkan set jimat untuk pelanggan yang mahu mencuba menu lain seperti daging dendeng, kari kashmir dan masak merah,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.
Nur Fathiah berkata, nasi briyani ditawarkan Beriyani Pak Ya adalah resipi turun-temurun arwah bapa mertuanya dan dia mahu perniagaan itu diketengahkan ke tahap lebih jauh.
Untuk tempahan, hubungi talian 019-3141109 atau 011-33317749.
Untuk mengetahui skim pembiayaan perniagaan yang disediakan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia, sila layari:
www.aim.gov.my/perkhidmatan – UTUSAN