MELBOURNE: Harga minyak mentah jatuh ke paras terendah dalam tujuh minggu pada Isnin, melanjutkan penurunan selepas kejatuhan sesi sebelumnya berikutan kebimbangan berlaku lebihan bekalan. Keadaan itu disebabkan kenyataan Jepun yang negara itu sedang menimbang pelepasan rizab minyak dan lebihan permintaan berikutan situasi Covid-19 yang semakin teruk di Eropah. Minyak mentah Brent turun 57 sen kepada AS$78.32 setong dan niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) Amerika Syarikat (AS) turun 39 sen kepada AS$75.55 setong. Harga WTI dan Brent mencecah paras terendah sejak 1 Oktober pada awal sesi minggu ini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya