BENGALURU: Harga emas stabil pada sesi dagangan semalam, selepas mencecah paras tertinggi dalam tempoh lima bulan sebelumnya disebabkan kebimbangan terhadap risiko inflasi yang semakin meluas. Kebimbangan itu mengekalkan daya tarikan emas sebagai lindung nilai, di samping pengukuhan hasil dan dolar Amerika Syarikat (AS). Emas jongkong tidak berubah pada AS$1,862.81 (RM7,750.22) seauns manakala niaga hadapan emas AS juga tidak berubah pada AS$1,866.80 (RM7,767.75). Presiden Rizab Persekutuan Richmond (Fed), Thomas Barkin berkata, Fed AS tidak akan teragak-agak menaikkan kadar faedah jika dapatan pihaknya menunjukkan inflasi tinggi memberi ‘ancaman’ berterusan. Bagaimanapun, bank pusat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya