PETALING JAYA: Hanya lima peratus syarikat tersenarai mendedahkan imbuhan terperinci pengurusan kanan mereka, menurut Suruhanjaya Sekuriti (SC). Menurut SC, ia merupakan tahap pemakaian paling rendah di bawah pemakaian Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia (MCCG). Pengerusi SC, Datuk Syed Zaid Albar berkata, ketelusan mengenai gaji adalah penting untuk meningkatkan kesejajaran antara gaji dan prestasi. “(Ia juga) untuk pemegang saham menilai sama ada struktur insentif memacu tingkah laku yang sewajarnya,” katanya dalam kenyataan sempena pengeluaran Keutamaan Strategik Tadbir Urus Korporat (Keutamaan Strategik CG) 2021-2023. Keutamaan Strategik CG antara lain meningkatkan pencapaian matlamat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya