PETALING JAYA: Haily Construction Sdn. Bhd. (Haily Construction) telah menerima surat anugerah (LA) daripada Nice Frontier Sdn. Bhd. untuk melaksanakan projek perumahan komuniti di Kulai Johor, bernilai RM14.57 juta. Haily Construction merupakan anak syarikat milik penuh Haily Group Berhad (Haily), manakala Nice Frontier adalah syarikat milik IOI Properties Group Berhad. Haily Group merupakan syarikat pembinaan berpangkalan di Johor. Pengarah Urusan Haily, See Tin Hai berkata, pemberian projek terbaharu itu akan meningkatkan nilai projek kumpulan yang kini berjumlah RM543.22 juta. Ia melibatkan 22 projek pembinaan bangunan dan dua projek pembinaan berkaitan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya