PETALING JAYA: EP Manufacturing Berhad (EPMB) memeterai perjanjian persefahaman (MOU) dengan Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) bagi menjalin kerjasama dan meneroka ekosistem kenderaan elektrik (EV) dan penghantaran pantas. Melalui kerjasama itu, EPMB dan MARii bersetuju untuk meneroka penubuhan pelan pengeluaran dan pemasangan tempatan bagi EV dua roda dan empat roda. Menurut syarikat itu, ia termasuk infrastruktur pemasaran untuk menjual EV di pasaran Malaysia dengan sokongan rangkaian pengecasan. “Pada peringkat awal, kedua-dua pihak juga bersetuju untuk menubuhkan ekosistem penghantaran pantas, dan menggabungkannya dengan sistem pembayaran elektronik. “Langkah itu akan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya