PETALING JAYA: Penutupan berterusan sektor perniagaan telah menyebabkan ekonomi negara pada suku ketiga (S3) tahun ini menguncup sebanyak 4.5 peratus, selepas merekodkan pertumbuhan 16.1 peratus suku sebelumnya. Penguncupan itu adalah yang kelima dan kedua terburuk dalam tempoh hampir dua tahun selepas suku kedua 2020 dengan penguncupan sebanyak 17.2 peratus. Sejak negara dilanda pandemik Covid-19, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) terus merekodkan prestasi buruk dalam tempoh empat suku berturut-turut sejak S2 2020, sebelum tumbuh kukuh pada S2 2021 (16.1 peatus), namun kembali menguncup (4.5 peratus) S3 ketiga 2021. Menurut Jabatan Perangkaan,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya