SINGAPURA: Ekonomi internet Asia Tenggara dijangka mencecah nilai AS$1 trilion (RM4.15 trilion) menjelang 2030 selepas puluhan juta pengguna mula berbelanja dalam talian dan menggunakan penghantaran makanan. Menurut laporan oleh Alphabet Inc., Temasek Holdings dan Bain & Company, rantau tersebut telah menambah 60 juta pengguna internet baharu sejak bermulanya pandemik Covid-19, menjadikan jumlahnya bertambah kepada 440 juta. Rantau dengan 11 negara itu merupakan antara pasaran internet paling cepat berkembang dalam dunia disebabkan populasi muda, penggunaan telefon pintar dan pembandaran, selain peningkatan golongan pertengahan. Industri dalam talian di Asia Tenggara dijangka tumbuh…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya