E-dagang bawa hasil segar ke rumah pelanggan  - Utusan Malaysia

E-dagang bawa hasil segar ke rumah pelanggan 

NIK Mohd. Izahar Nik Roslan memuatkan barangan yang ditempah ke dalam pacuan empat roda, bagi dihantar kepada para pelanggan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERANAN para guru pada zaman sekarang bukan sekadar mengajar, malah mereka juga meneroka pelbagai cara untuk membantu pelajar dan keluarga mereka menambah baik kehidupan. 

Begitulah kisah seorang guru, Wong Ting Ting membantu ibu bapa pelajarnya, yang bekerja sebagai petani dan mata pencarian mereka terjejas akibat pandemik Covid-19.

“Seperti kita tahu, pandemik telah memberi kesan buruk kepada banyak industri. Sektor pelancongan di Cameron Highlands juga terjejas teruk. 

“Oleh itu, saya ingin memainkan peranan saya dalam membantu situasi ini dengan membeli hasil tanaman ibu bapa pelajar saya dan menjualnya di atas talian. Seorang rakan mengesyorkan saya menggunakan Shopee. Sejak itu, saya terus memanfaatkan platform tersebut,” katanya.

Kedai Shopee miliknya, My Sayur Box, membawa hasil tanaman segar yang enak dari Cameron Highlands kepada rakyat Malaysia. 

Antara produk popular di kedainya termasuk avocado, ubi keledek dan jagung. Walaupun baru diwujudkan September lalu sebagai pendapatan sampingan, dia berjaya menjana jualan bulanan sebanyak hampir RM4,000.

Malah, Ting Ting tidak menyangka prestasi kedainya amat baik semasa 10.10 Jualan Berjenama Shopee. 

“Saya terkejut melihat jumlah pesanan yang diterima pada 10 Oktober lalu. Saya percaya sambutan positif ini adalah disebabkan harga yang ditetapkan. Matlamat saya adalah untuk membantu para pelajar saya dan ibu bapa mereka,” tambahnya.

Menurut Ting Ting, Shopee 11.11 Jualan Hebat yang sedang berlangsung merupakan kempen mega yang disertainya buat pertama kali, dan dia berasa teruja menantikan apa yang bakal dicapai dalam kempen tersebut. 

Ting Ting ingin menambah lebih banyak produk di kedainya untuk menawarkan kepelbagaian kepada para pelanggan.

Sementara itu, Nik Mohd. Izahar Nik Roslan, 30, mendapati perniagaannya di Shopee sebagai sumber pendapatan yang tidak dijangka. 

Dia sebelum ini bekerja dalam industri perkayuan dan diberhentikan kerja dengan notis hanya dua hari, akibat pandemik yang melanda.

“Saya perlu mencari jalan untuk menjana pendapatan. Sejujurnya, saya tidak menyangka perniagaan di Shopee akan menjadi tumpuan utama ketika saya membuka kedai Izahar Shop tahun lepas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama dilaksanakan. 

“Platform Shopee mudah digunakan serta mempunyai sistem yang mesra pengguna, dan ini sememangnya membantu perjalanan jualan atas talian saya,” jelasnya.

Izahar Shop menawarkan sayur-sayuran dan buah-buahan, serta barangan lain untuk memenuhi kehendak pelanggan yang berbeza. Antara produk popular di kedai itu ialah pucuk paku dan buluh untuk memasak lemang.

NIK Mohd. Izahar Nik Roslan sedang memilih buluh untuk memasak lemang, antara barangan yang laris di kedainya, Izahar Shop.

Selain menjual sayur-sayuran dari ladang sendiri, Nik Mohd. Izahar juga mendapatkan bekalan  buah-buahan seperti duku dan salak daripada para petani lain di kampungnya di Kelantan. 

Begitulah cara Nik Mohd. Izahar memberi sokongan kepada komuniti setempatnya, kerana dia  percaya dalam menghulurkan bantuan kepada orang lain ketika berniaga.

“Saya sendiri akan mengunjungi ladang-ladang ini, memilih hasil terbaik, menyediakannya dengan teliti sebelum membungkus untuk penghantaran. Proses ini memakan masa dan tenaga, tetapi sangat berbaloi demi memastikan kepuasan pelanggan yang akan menerima produk paling segar,” katanya.

Bagaimanapun, perniagaannya tidak semuanya mudah. Barangan yang dijual barang yang mudah rosak dan tidak boleh berada lebih 5 hari dalam transit.

“Sudah tentu, tiada perniagaan yang wujud tanpa risiko. Pernah terjadi, seseorang pelanggan menerima pesanan sudah rosak akibat kelewatan penghantaran. Jika situasi ini berlaku, saya akan menggantikan barang tersebut. Saya menerima (risiko) bahawa ini adalah hakikat perniagaan yang saya jalankan kerana sifat barangan yang saya jual,” ujarnya.

Nik Mohd. Izahar mempunyai cara tersendiri untuk memberi ganjaran kepada pengguna yang membeli dari kedainya.

“Apabila mereka membeli jumlah barang tertentu, saya akan memasukkan lebih banyak ke dalam bungkusan mereka. Sebagai contoh, jika mereka beli lima batang anak pokok pucuk paku, saya akan tambah satu secara percuma. Inilah cara saya bantu orang lain dalam pada mereka menyokong perniagaan saya. Kita tolong sesama kita,” kata bapa kepada dua cahaya mata itu.

Sebagai persediaan menjelang jualan 11 November di Shopee, dia menyediakan lebih banyak hadiah percuma untuk diberi sebagai ganjaran kepada pelanggannya serta tanda terima kasih atas sokongan yang diberi. 

Setelah mengambil bahagian dalam 9.9 Hari Pembelian Hebat platform e-dagang tersebut baru-baru ini, Nik Mohd. Izahar memahami kempen-kempen seperti ini bakal membawa lebih banyak pesanan untuk kedainya.

Walaupun tidak mahir dalam bidang teknologi, namun ia tidak menghalang Nik Mohd. Izahar mencapai kejayaan melalui kedai Shopee miliknya. Pada bulan yang baik, dia mampu menjana jualan hampir RM6,000.

Ting Ting dan Nik Mohd. Izahar bukanlah bersendirian dalam menjual hasil segar di Shopee. Rakyat Malaysia boleh menemui pelbagai penjual lain di segmen makanan segar dan sejuk beku di Shopee seperti The Planet Farm, Kok Wai Vege Shop, Barang Murah Kaw Kaw, Siti Maryam dan PeladangOnline yang menawarkan buah-buahan dan sayur-sayuran segar dari ladang.

Segmen makanan segar dan sejuk beku di Shopee telah diperkenalkan pada  2020. Kategori ini telah membolehkan para penjual seperti petani dan nelayan membuka kedai untuk menjual hasil mereka, sama ada secara organik atau melalui kerjasama Shopee bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan lain-lain.

Rakyat Malaysia boleh menunjukkan sokongan mereka kepada penjual dan petani tempatan pada 11.11 Jualan Hebat ini yang menampilkan pilihan tawaran hebat, keseronokan dan hiburan dari sekarang hingga 11 November.

Dengan diskaun hingga 95 peratus, penghantaran percuma tanpa pembelanjaan minimum serta tawaran RM1, festival membeli-belah terbesar Shopee ini bakal menjadi pilihan jutaan rakyat Malaysia yang mencari tawaran serta penjimatan terbaik, dan menghubungkan mereka kepada beratus ribu jenama dan penjual daripada 25 kategori produk. 

Lebih menarik, festival ini bakal menawarkan hadiah terbesar setakat ini, sebuah unit kondominium bernilai lebih RM500,000 di SkyMeridien Residences @ Sentul East, yang telah memenangi pelbagai anugerah. 

Ia hasil kerjasama Shopee dengan pemaju hartanah SkyWorld Development Group. Para pembeli hanya perlu bermain Tekan & Menang Kondo dan mengumpul tiket emas di Shopee untuk peluang memenangi rumah baharu itu.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai 11.11 Jualan Hebat Shopee, layari httpscom.my://shopee./m/11-11 – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya