SEPANG: Amal menjangka mampu memulihkan kembali operasi perkhidmatan penuhnya seperti situasi sebelum pandemik Covid-19 muncul menjelang suku keempat pada tahun depan. Ketua Pegawai Operasinya, Muhammad Najmi Mansor berkata, unjuran itu agak lebih realistik berdasarkan senario semasa penerbangan global dan kebimbangan penularan varian baharu. “Buat masa ini sehingga April tahun depan, kita hanya mampu menawarkan penerbangan lapan kali seminggu ke Tanah Suci berbanding dua kali sehari sebelum wabak tersebut,” katanya selepas mengiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad menyantuni kumpulan pertama 228 orang jemaah umrah diuruskan Amal.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya