850 peserta empower ECER dapat pendedahan pendaftaran SSM - Utusan Malaysia

850 peserta empower ECER dapat pendedahan pendaftaran SSM

PESERTA empower ECER-MEKAR Pahang dan Terengganu mengikuti kusus latihan dan kemahiran secara maya, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Seramai 850 peserta mendapat pendedahan tentang kepentingan mendaftarkan perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menerusi dua program empower ECER dan empower ECER-MEKAR Latihan Kemahiran dan Keusahawanan, baru-baru ini.

Program webinar anjuran Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) bersama Yayasan PETRONAS (YP) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) itu dimanfaatkan 450 peserta dari daerah Temerloh, Bentong dan Mersing pada 13 Ogos lalu, diikuti 400 peserta dari daerah Kemaman dan Dungun, Terengganu pada 16 Oktober lalu.

Program di daerah Pahang dihadiri Pengurus SSM Cawangan Temerloh, Adnan Omar sebagai tetamu jemputan dan manakala program di daerah Terengganu dirasmikan oleh Pengarah SSM Negeri Terengganu, Ab. Razak Isa.

Menurut kenyataan, program tersebut memberikan pendedahan khusus kepada peserta dalam daerah berkenaan tentang saluran yang betul untuk mendaftarkan perniagaan dan kepentingannya.

“Peserta juga berpeluang menambah pengetahuan mengenai pendaftaran perniagaan dengan lebih terperinci daripada pihak SSM sendiri.

“Program ini juga penting agar semua bakal usahawan mengetahui prosedur untuk memulakan perniagaan supaya tidak berdepan sebarang masalah di kemudian
hari,” kata kenyataan itu.

AB. Razak Isa merasmikan sesi program webinar empower ECER secara maya.

Dalam pada itu, kenyataan tersebut turut memberitahu, di samping menimba pengetahuan baharu, para peserta juga dapat meluaskan rangkaian perniagaan kerana program ini dihadiri oleh peserta dari pelbagai lapisan masyarakat.

“Selain itu, impak paling utama adalah menarik minat orang ramai untuk berkecimpung dalam bidang perniagaan dan mampu meraih pendapatan sendiri seterusnya meningkatkan pendapatan keluarga,” katanya.

Program empower ECER telah dilaksanakan sejak 2011 dengan menyasarkan peserta daripada golongan belia dan dewasa yang berpendapatan rendah serta kurang bernasib baik.

Sehingga kini, seramai 1,350 peserta di Dungun dan Kemaman telah mendapat manfaat sebelum dilanjutkan kepada 400 lagi peserta baharu di daerah Kemaman dan Dungun untuk tahun ini.

Sementara itu, inisiatif program MEKAR (Memampankan Ekonomi Asas Rakyat) melalui yayasan PETRONAS Sentuhan Harapan bertujuan membantu keluarga B40 di daerah  sasaran selain memberi latihan untuk meningkatkan taraf hidup serta aliran pendapatan masyarakat B40. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya