Menggunakan tagline Simply Delicious, koleksi popiah berkrim sejuk beku keluaran Rozeriya Enterprise ternyata memberikan kepuasan.
Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Zariah Ibrahim, 42, berkata, pengalaman mengusahakan ladang cendawan sekitar 2006 membuahkan idea baginya untuk menghasilkan popiah sejuk beku.
Katanya, selain enam perisa popiah sejuk beku, dia turut mengetengahkan pelbagai jenis kuih sejuk beku dan tepung pra-Campuran.
“Saya mula memproses popiah berkrim di rumah dan kini mampu membuka kilang pemprosesan. Alhamdulillah, hari ini kesemua popiah berkrim sejuk beku sudah mampu menembusi pasaran satu Negara.
“Lebih 60 produk sejuk beku dan kering dikeluarkan oleh kilang saya dan mendapat Sijil Halal,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.
Untuk tempahan boleh kunjungi Facebook, Rozeriya Enterprise dan Instagram Rozeriya Enterprise Official https://shopee.com.my/rozeriyamart atau hubungi 017-959 3309.
Keistimewaan Jus Gembira by Muza Pavlova
Sejurus mengalami kemerosotan perniagaan terdahulu, pengusaha Paklim Food N Beverages Concept, Muzalifah Md. Yasin, 41, segera beralih konsep jualan.
Menggunakan wang simpanan berbaki RM200, Muzalifah menghasilkan Jus Gembira by Muza Pavlova bagi pasaran sekitar Batu Pahat, Johor, sejak Disember tahun lalu.
“Jus buatan sendiri ini bebas penggunaan bahan pengawet. Kami hanya menggunakan gabungan pati asli bawang putih, halia, lemon, madu dan cuka epal.
“Bahan-bahan ini sangat baik untuk kesihatan. Malah bawang putih juga memiliki sifat antibiotik dan dapat membantu menyembuhkan penyakit dalaman tubuh,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.
Kata Muzalifah, untuk menghasilkan jus itu mengambil masa lapan jam sehari dan ia dijual pada RM40 bagi 400 milliliter (ml).
Untuk tempahan, kunjungi Facebook Puan Muza Pavlova dan Instagram puanmuza atau hubungi 012-7955804 dan 012-7922580.
Sos Perapan Meletop penyedap rasa
Menepati selera dan cita rasa masyarakat tempatan, Sos Perapan Meletop by Zan Little Kitchen sesuai dinikmati sebagai penyedap rasa bagi aneka hidangan.
Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Rohaizan Mohamed, 43, berkata, penggunaan sos itu bukan sahaja mudah tetapi juga sesuai digunakan untuk pelbagai menu masakan.
“Mudah sahaja, ia boleh dituangkan di atas makanan atau digaulkan sehingga sebati mahupun jadikan sebagai sos pencecah.
“Sos dijual pada harga RM15 bagi 500 gram dengan kualiti sos yang cukup rasa bahan-bahannya,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.
Untuk tempahan, kunjungi Facebook Rohaizan Mohamed dan Instagram cuteshoppe atau hubungi 012-946 7669.
Kelainan Aleesya Sushi buatan Nor Aziyan
Melihat peluang terbuka luas di depan mata, pengusaha Aleesya Bakery, Nor Aziyan Abd Rahman, 31, memanfaatkan keenakan sajian popular masyarakat Jepun, sushi sebagai perniagaan.
Nyata percaturan yang dibuat Nor Aziyan yang juga Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), membuahkan hasil apabila Aleesya Sushi mendapat tempat di hati pelanggan.
“Aleesya Sushi dibuat mengikut cita rasa tempatan. Kami berikan sedikit sentuhan Melayu seperti perisa sambal petai, daging panggang hancur dan daging kebab.
“Hidangan laut seperti salmon, tuna dan isi ketam juga dimasak sepenuhnya agar ia tidak mentah,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.
Menurutnya, Aleesya Sushi kini menawarkan pakej keluarga bernilai RM20 dan promosi enam jenis sushi berharga RM10.
Untuk tempahan, kunjungi Facebook Aziyan Rahman dan Instagram Aleesya Bakery atau hubungi 011-2081 5898.
Untuk mengetahui skim pembiayaan perniagaan yang disediakan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia, sila layari: www.aim.gov.my/perkhidmatan. – UTUSAN