WASHINGTON: Harga minyak meningkat semalam dengan minyak mentah Amerika Syarikat (AS) mencapai paras tertinggi dalam tujuh tahun susulan bekalan global kekal yang ketat di tengah-tengah permintaan yang tinggi di seluruh dunia ketika ekonomi sedang pulih akibat pandemik Covid-19. Niaga hadapan minyak mentah Brent meningkat 26 sen atau 0.3 peratus kepada AS$85.79 (RM356.03) berikutan kenaikan 1.1 peratus pada Jumaat lalu. Kontrak itu menghampiri paras tertinggi dalam tiga tahun kepada AS$86.10 (RM357.31) pada Khamis lalu. Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS turut meningkat 48 sen atau 0.6 peratus kepada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya