PETALING JAYA: Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui anak syarikatnya, GSPARX Sdn. Bhd. akan menjalin kerjasama dengan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) bagi mengurangkan pelepasan karbon melalui pemasangan panel solar fotovoltaik (PV) di Kompleks Dermaga Tanjung Lembung, Langkawi. Menurut TNB, LADA menyatakan hasrat tersebut melalui penyerahan surat niat dalam majlis yang diadakan di kompleks itu kelmarin. Katanya, ia turut melibatkan kerjasama strategik bersama Kementerian Tenaga dan Sumber Asli. Ketua Pegawai Runcit TNB, Datuk Ir. Megat Jalaluddin Megat Hassan berkata, TNB bersedia menyumbangkan kepakaran dalam bidang tenaga solar menerusi GSPARX bagi membantu LADA…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya