PETALING JAYA: Masalah kekurangan bakat tempatan serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam industri elektrik dan elektronik (E&E) perlu ditangani segera sekiranya Malaysia serius untuk memajukan rantaian nilai industri berkenaan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, industri E&E memainkan peranan penting dalam pembangunan industri negara, malah Malaysia adalah hab pembuatan global utama bagi industri tersebut. Jelasnya, Malaysia menghasilkan sekitar 13 peratus daripada output semikonduktor back-end global selain menyumbang 40 peratus eksport Malaysia. “Dalam lapan bulan pertama tahun ini, jumlah perdagangan produk E&E negara berjumlah RM477 bilion…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya