Bermula dengan hanya menjaja di tepi jalan, Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) ini, mampu berbangga dengan pencapaiannya apabila berjaya membuka kafe Snoworld Cafe, di Seberang Perai, Pulau Pinang.
Pemilik syarikat Miza Ikhlas Enterprise, Miza Fariza Ismail, 39, berkata, kafe itu dibuka sejak 2019 dengan menawarkan pelbagai menu menarik termasuk Bihun Sup Berapi.
“Sebelum memulakan kafe, saya menjual bebola dan nugget goreng dan cendol serta ais kacang di gerai milik ibu saya.
“Sambutan semakin menggalakkan apabila gerai diusahakan sebelum ini mula memperkenalkan menu Bihun Sup Berapi,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.
Katanya, Snoworld Cafe ini mendapat tempat di hati peminat sup dan bihun sup ditawarkan serendah RM5 semangkuk.
Untuk tempahan, hubungi 012-451 9465 atau kunjungi Facebook Snoworld Cafe dan Instagram, Cafe Snoworld.
Maryana usahawan Wazi Umpan Hidup
Kesukaran untuk mendapatkan umpan hidup mencetuskan idea kepada Sahabat Amanah Ikhtiar (AIM) ini, untuk memulakan perniagaan Wazi Umpan Hidup.
Maryana Abdullah, 44, berkata, dia memulakan perniagaan itu secara kecil-kecilan di rumah sekitar enam tahun lalu bagi memenuhi keperluan kaki pancing di sekitar Pulau Pinang.
“Perniagaan Wazi Umpan Hidup bermula secara kecil-kecilan di rumah dengan bermodalkan RM300 untuk membeli udang hidup sebanyak 200 ekor.
“Kini, enam kolam yang ada, dipenuhi hampir 2,000 udang hidup dan jumlahnya berganda kepada 10,000 ekor menjelang hujung minggu,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.
Menurutnya, selain umpan, pelanggan juga boleh mendapatkan perkhidmatan peralatan dan aksesori memancing.
“Tempahan boleh dilakukan menerusi talian 017-262 7005 dan Facebook Wazi Umpan Hidup,” katanya.
Dimsum Mas mendapat pujian ramai
Pada awalnya, hidangan dim sum yang dihasilkan Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) ini, hanya untuk dimakan oleh anak-anak sahaja.
Namun, tanpa diduga cubaan untuk menguasai pasaran sejuk beku ternyata menarik perhatian pelanggan.
Pemilik syarikat Truewealthy Resources, Mas Maria Rosli, 43, ketika dihubungi berkata, dia tidak pernah menjangka produk sejuk beku, Dimsum Mas mendapat pujian ramai.
“Saya mula mempelajari pembuatan dim sum sekitar September 2019 di sebuah kolej komuniti di Kedah dan mula memasarkan produk ini dalam bentuk sejuk beku.
“Produk ini juga diketengahkan bagi menggantikan perniagaan saya yang terdahulu dan terkesan selepas industri pelancongan terjejas teruk,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.
Katanya, kini Dimsum Mas menawarkan pelbagai jenis dim sum yang enak termasuk dim sum cheese leleh.
Untuk tempahan, hubungi 017-4507069 atau kunjungi Facebook Mas.
Istimewa sambal Dapo Su Sudin
Keputusan nekad untuk berhenti kerja bagi menjaga anak istimewanya telah menjadi asbab Suzila Shamsuddin, 40, berkecimpung dalam perniagaan yang dikendalikan dari rumah.
Pengusaha produk Dapo Su Sudin itu berkata, bermula awal tahun lalu, dia mula memperkenalkan beberapa jenis produk sedia untuk dimakan dan dijadikan sebagai sumber rezeki.
“Antara produk sambal itu adalah sambal ijo bilis, sambal bilis garing di bawah jenama Dapur Su Sudin dan maklum balas diterima amat memberangsangkan.
“Produk dihasilkan oleh saya adalah bebas penggunaan bahan pengawet, tahan lama bahkan menggunakan teknologi kantung retord,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.
Kata Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu, produk dihasilkan Dapur Su Sudin dijual dengan harga serendah RM10 sehingga RM14 setiap satu.
“Untuk tempahan, kunjungi Facebook Su Sudin atau hubungi 018-776 6143,” katanya.
Untuk mengetahui skim pembiayaan perniagaan yang disediakan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia, sila layari: www.aim.gov.my/perkhidmatan. – UTUSAN