BENGALURU: Ringgit Malaysia menokok ke paras tertinggi dalam tempoh hampir sebulan, sementara pasaran ekuiti meningkat lebih 0.5 peratus selepas kerajaan negara itu membenarkan perjalanan rentas negeri dan antarabangsa. Ringgit meningkat 0.2 peratus kepada 4.167 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), paras tertinggi sejak 17 September lalu. Sementara itu, pasaran ekuiti naik sebanyak 0.7 peratus, kenaikan dalam lima sesi berturut-turut. Kelmarin, kerajaan Malaysia mengumumkan penarikan balik sekatan perjalanan antara negeri dan antarabangsa untuk penduduk yang diberi vaksin sepenuhnya mulai semalam, ketika negara itu mencapai sasaran vaksinasi 90 peratus populasi dewasa. Sementara itu,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya