PETALING JAYA: PMB Investment Bhd. menyasarkan untuk mengumpul dana RM10 juta hingga RM15 juta menjelang akhir tahun melalui Dana Ekuiti Global Syariah PMB (PMBSGEF) yang baru dilancarkan. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mahani Ibrahim berkata, dana itu akan memberikan akses kepada portfolio sekuriti patuh syariah global kepada para pelabur dan diuruskan secara aktif. “PMBSGEF menawarkan pertumbuhan modal dalam jangka masa sederhana hingga panjang dengan melabur dalam pelbagai portfolio sekuriti patuh syariah yang disenaraikan di pasaran global. “Ia sesuai untuk pelabur yang mempunyai tahap toleransi risiko sederhana hingga tinggi dalam pelaburan unit amanah,”…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya