PETALING JAYA: CTOS Digital Berhad 1 (CTOS Digital) merekodkan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) tahun ke tahun kepada RM46.6 juta bagi tempoh sembilan bulan tahun ini berakhir 30 September lalu, di sebalik impak pandemik Covid-19. Jumlah itu merupakan peningkatan sebanyak 48.1 peratus daripada RM31.4 juta yang direkodkan tempoh sama tahun sebelumnya. Ia didorong oleh pertumbuhan pendapatan yang kuat dan pengembangan bukan organik syarikat bersekutu. Menurut CTOS Digital, perolehan Kumpulan berkembang sebanyak 15.8 peratus kepada RM114.4 juta daripada RM98.8 juta tempoh sama 2020. Peningkatan perolehan itu katanya, dipacu oleh…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya