Pengukuhan strategi pemasaran era endemik - Utusan Malaysia

Pengukuhan strategi pemasaran era endemik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEJAK bermula peralihan fasa endemik, ia juga merupakan fasa pemulihan dalam menambah baik prospek perniagaan yang terjejas disebabkan kesan pandemik yang berpanjangan. Kini, semasa rakyat diberi kelonggaran merentas negeri, bercuti dan seumpamanya, pada masa inilah juga para pengusaha perlu memanfaatkan peluang ini untuk lebih giat memperkukuh segenap aspek perniagaan.

Antara cabaran endemik kepada sektor perniagaan dan industri adalah meningkatnya persaingan digital terhadap pasaran yang masih tidak menentu. Pengurusan integrasi digital yang lebih cakna dan fleksibel terhadap perubahan trend pengguna menjadi faktor penting dalam menjana impak pelanggan yang lebih mampan. Kini juga adalah permulaan persaingan digital yang bakal lebih rancak hasil bermulanya kembali pergerakan fizikal bersama pengaruh budaya digital masyarakat yang tercetus daripada krisis pandemik sebelum ini.

Atas faktor tersebut, terdapat beberapa landasan dan elemen pemasaran digital yang perlu diberi perhatian oleh para pengusaha dan organisasi perniagaan agar dapat mengimbangi tuntutan pasaran fizikal dan secara dalam talian dengan lebih kos efektif serta berkesan.

Pemasaran Media Sosial

Setelah lebih setahun mendepani cabaran pandemik melalui pelbagai usaha dan inisiatif, kini adalah masa terbaik bagi sektor perniagaan untuk memanfaatkan peluang tanpa mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Pemasaran media sosial menjadi landasan penting dalam membina tarikan dan engagement yang lebih pantas secara terus kepada audiens melalui status promosi, penceritaan dan testimoni saranan pengguna terutama bagi sektor komersial, peruncitan dan pelancongan yang terjejas sejak kemunculan krisis pandemik.

Facebook Page, TikTok dan Instagram menjadi pilihan bagi memperkukuh prospek pasaran pengguna. Ia kini bukan sekadar untuk menjana pelanggan secara dalam talian tetapi turut berperanan dalam membina tarikan prospek secara fizikal untuk berkunjung ke premis, lokasi penginapan dan pusat membeli belah. Pelbagai promosi Paid Ads turut mengisi status media sosial dengan lebih giat dan konsisten.

Manakala platform Linkedin terus menjadi landasan usahawan, ahli perniagaan, para peneraju dan pemain industri untuk membina jalinan profesional. Ia membantu memperkukuh profesionalisme kerjaya dan potensi keusahawanan melalui perkenalan serta pelbagai kerjasama perniagaan. Selain itu, ia turut menjadi landasan meneroka potensi pasaran pekerjaan dalam kalangan tenaga kerja berkelayakan yang turut sama terkesan dengan krisis pandemik ini.

Kesemua ini memerlukan kebijaksanaan pengusaha dalam mengatur platform yang bersesuaian dengan kredibiliti perniagaan dan prospek pasaran. Kemahiran serta kreativiti membina kandungan yang mampu menjana engagement audiens juga diperlukan bagi merangsang tarikan pelanggan secara lebih efektif.

Pemasaran e-Dagang dan Marketplace

Usaha juga perlu ditumpukan dalam menjana pelanggan melalui platform marketplace dengan lebih terancang. Setiap perniagaan yang memanfaatkan platform e-dagang dan marketplace kini perlu lebih giat mempromosi kedai dalam talian mereka melalui integrasi pemasaran digital yang strategik sama ada media sosial atau kemudahan iklan berbayar yang disediakan oleh platform marketplace.

Ini selaras dengan strategi platform marketplace terkemuka seperti Shopee, Lazada sehinggalah khidmat tempahan seperti Booking.com, Trivago serta pelbagai lagi yang kini semakin giat mempromosi kewibawaan marketplace masing-masing kepada capaian pasaran secara lebih agresif dan meluas. Bagi perniagaan yang turut sama mempromosi kedai dalam talian di marketplace tersebut secara tidak langsung akan turut memperolehi advantage untuk menjana lebih ramai pelanggan dengan mudah.

Justeru itu, keseluruhan elemen di atas adalah asas pendekatan terkini bagi memperkukuhkan lagi potensi pasaran era endemik ini. Ia juga menjadi landasan penting untuk terus bersaing maju dalam mendepani arus perubahan digitalisasi yang semakin kompetitif.

PENULIS adalah perunding pemasaran bertauliah dan pakar pemasaran digital. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya