Impak pandemik Covid-19 sepanjang tahun ini menyebabkan pendapatan perusahaan mikro dan kecil (PMK) serta isi rumah jatuh sehingga lebih 40 peratus. Dalam kajian yang dilakukan untuk Laporan Tinjauan Ekonomi 2022 yang diterbitkan Kementerian Kewangan, pendapatan isi rumah yang bekerja sendiri jatuh 41 peratus berbanding tahap sebelum pandemik manakala isi rumah pekerja bergaji menyusut 15 peratus disebabkan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh bermula Jun lalu. Sepanjang 2021 pula, pendapatan PMK merosot 49 peratus berbanding tahap sebelum pandemik. Kemerosotan itu lebih baik berbanding tahun lalu yang mana PMK mengalami penyusutan pendapatan sehingga 60…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya