PETALING JAYA: Kebenaran rentas negeri dan negara bermula hari ini mampu mempercepat pemulihan ekonomi negara sekali gus mencapai sasaran 3.0 hingga 4.0 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini. Pemulihan tersebut juga bakal memberi lonjakan ekonomi kepada industri pelancongan dan pengangkutan negara yang teruk terjejas sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Penganalisis Ekonomi UniKL Business School, Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, rantaian nilai industri pelancongan akan menerima lonjakan luar biasa ekoran peningkatan jumlah pelancong misalnya bagi pengusaha bas ekspres, agensi pelancongan, hotel dan rumah penginapan bagi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya