Minat dorong Siti Farah jadi penternak jaya - Utusan Malaysia

Minat dorong Siti Farah jadi penternak jaya

PENGUSAHA ladang ternakan CT Farm, Siti Farah Fadzil, bersama ternakannya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MINAT terhadap ternakan sejak kecil telah mendorong pengusaha ladang CT Farm untuk memulakan perniagaan dalam bidang  berkenaan.

Menurut Siti Farah Fadzil, 38, ladang ternakan yang dibukanya itu menempatkan pelbagai haiwan termasuk kambing, lembu, kerbau  dan landak.

Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu berkata, selain lembu, dia memulakan perusahaan dengan membeli baka anak kambing  tempatan pada 2011.

“Kandang ini boleh menempatkan hampir 20 ekor kambing. Dianggarkan, sejak 10 tahun lalu lebih ratusan ekor kambing sudah  diternak dan dijual semula.

“Permintaan kambing adalah tinggi lebih lagi menjelang musim perayaan,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Siti Farah berkata, harga pasaran kambing dijual sekitar RM850 seekor dan ladangnya turut menyediakan perkhidmatan memotong  bagi pelanggan yang membuat tempahan.

Untuk tempahan, boleh hubungi terus talian 019-4560516 atau kunjungi Facebook farah fadzil dan Instagram, farahfadzil.

SITI Fatimah Mohd. Adam bersama sebahagian kuih yang dihasilkan.

Dari pasar malam, kini ada kedai sendiri

BANGKIT dari keperitan, pemilik kedai CMAQ Enterprise, Siti Fatimah Mohd. Adam, 40, mula beralih dengan mencuba nasib untuk  berniaga di pasar malam sekitar Pulau Pinang.

Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) ini berkata, dia memulakan perniagaan dengan menjual pelbagai jenis kuih muih tradisional sejuk beku yang dihasilkan sendiri dari rumah.

“Alhamdulillah, perniagaan kuih muih dihasilkan seperti kuih talam disambut baik oleh pelanggan sejak enam tahun lalu dan kini  mampu membuka kedai sendiri.

“Selain berniaga di tapak pasar, saya juga mengetengahkan kuih muih dihasilkan ke gerai makan,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Untuk tempahan, kunjungi Facebook Siti Fatimah Mohd Adam atau hubungi 013-7345295.

 

SHARIFAH Noria Syed Hussain mengusahakan kedai runcit Noria Maju di Flat Bukit Gedong, Pulau Pinang.

Sharifah Noria ambil langkah berani buka kedai runcit

DENGAN sedikit wang simpanan yang dimiliki, Sharifah Noria Syed Hussain, 61, mengambil langkah berani untuk memulakan  perniagaan kedai runcit di bawah flat tempat tinggalnya.

Akui Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) ini, dia memulakan perniagaan runcit Noria Maju yang beroperasi di Flat Bukit Gedong,  Pulau Pinang, secara kecil-kecilan.

“Syukur, rezeki memihak kepada saya apabila mendapat kedai dengan lokasi strategik untuk disewa.

“Saya juga mempunyai dua pekerja untuk membantu pengurusan kedai dan penghantaran barang yang dipesan pelanggan,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Katanya, kini pelbagai keperluan termasuk barang basah dan kering seperti ayam segar, ikan dan sayur-sayuran boleh didapati di  kedai runcitnya.

Untuk tempahan, hubungi 011-2433 2987.

SITI Aminah Abdullah menunjukkan donut topping dengan warna menarik dihasilkan olehnya.

Donut topping jadi sumber pendapatan

SIAPA sangka, keinginan untuk menikmati donut topping ketika hamil mendorong Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Siti  Aminah Abdullah, 30, untuk menjadikan manisan itu sebagai sumber pendapatan.

Katanya, perusahaan donut topping itu dikendalikan sejak awal tahun lalu dan kini dia mampu menghasilkan lebih 200 donut  pelbagai perisa setiap hari.

“Menerusi tag line Bombo & Donat Chepia, produk dihasilkan ini menepati cita rasa pelanggan. Saiz donut yang dihasilkan juga lebih  besar.

“Antara 12 perisa yang ada adalah coklat, green tea, tiramisu, mocha, teh hijau, pisang, pandan dan banyak lagi.

“Setiap donut ini dijual pada harga RM2.  Terdapat juga set kombo menghimpunkan enam jenis donat topping,” katanya ketika  dihubungi, baru-baru ini.

Untuk tempahan, hubungi 017-517 6808 dan 017-549 9654 atau kunjungi Facebook, Siti Aminah Abdullah dan Instagram  eimmyeimserta.

Untuk mengetahui skim pembiayaan perniagaan yang disediakan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia, sila layari: www.aim.gov.my/perkhidmatan – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya