[Laporan Ekonomi] Strategi kukuh jaminan bekalan makanan - Utusan Malaysia

[Laporan Ekonomi] Strategi kukuh jaminan bekalan makanan

SEKTOR pertanian perlu pemodenan untuk meningkatkan hasil bagi jaminan makanan negara pada masa hadapan. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kerajaan akan memastikan kesediaan negara bagi menghadapi krisis jaminan bekalan makanan dalam jangka masa sederhana melalui Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Nasional 2021-2025. 

Laporan Tinjauan Ekonomi 2022 menyatakan, ia bertindak sebagai salah satu insiatif untuk mengukuhkan jaminan bekalan makanan walaupun sektor pertanian hanya menyumbang 7.4 peratus daripada ekonomi negara pada 2020. 

“Pelan ini merangkumi lima strategi teras termasuk penggunaan teknologi, pemerkasaan penyelidikan dan kajian, penambahbaikan data jaminan bekalan makanan dan peluasan kolaborasi strategik. 

“Strategi ini dijangka menyumbang kepada ketersediaan makanan yang selamat pada harga berpatutan, meningkatkan pengeluaran makanan domestik serta mengurangkan kebergantungan import makanan dan tenaga kerja asing,” menurut laporan itu. 

Selain itu, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1 bilion untuk Dana Jaminan Makanan bagi menyediakan pelbagai bantuan kepada golongan petani dan nelayan untuk meningkatkan pengeluaran domestik negara selain menyediakan peruntukan tambahan RM100 juta bagi pembangunan insfrastruktur penyimpanan dan pengedaran makanan serta program integrasi tanaman. 

Dalam laporan itu lagi, kerajaan juga akan meneruskan objektif dasar pertanian agromakanan semasa melalui Dasar Agromakanan Nasional 2.0 (DAN 2.0) bagi mempercepat pemodenan sektor pertanian dan mengawal permintaan, penawaran komoditi makanan di samping memberi fokus produktiviti jangka masa panjang melalui pendigitalan. 

“Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) 2021-2025 juga menggariskan strategi bagi kemampanan sektor pertanian moden dan menggiatkan usaha meneroka potensi ekonomi makanan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya