[Laporan Ekonomi] Jaminan keselamatan makanan: Cabaran mencapai Agenda 2030  - Utusan Malaysia

[Laporan Ekonomi] Jaminan keselamatan makanan: Cabaran mencapai Agenda 2030 

MALAYSIA dikatakan ketiadaan agensi khusus yang bertanggungjawab untuk jaminan bekalan makanan ketika beberapa negara lain telah menubuhkannya. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Negara berdepan isu dan cabaran berhubung dasar jaminan bekalan makanan dalam usaha merealisasikan Agenda 2030 terutama ketika jangkitan pandemik Covid-19 masih menular.

Laporan Tinjauan Ekonomi 2022 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan menyatakan, perolehan skor negara di bawah kategori kemampuan sebanyak 85.5 peratus disebabkan inflasi makanan yang rendah, bilangan penduduk yang kecil di bawah garis kemiskinan global dan program jaringan keselamatan makanan. 

Ia antara lain didorong oleh perbelanjaan awam yang rendah bagi penyelidikan dan pembangunan pertanian yang menyaksikan jumlah perbelanjaan penyelidikan pertanian negara tidak berubah dalam sedekad menjelang 2017 dengan purata sekitar RM0.9 bilion hingga RM1 bilion setahun. 

“Dari segi perbelanjaan penyelidikan pertanian kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), sektor pertanian, nisbah tersebut telah berkurang dari 1.9 peratus pada 2002 kepada 0.9 peratus pada 2017. 

“Selain itu, kempen pendidikan mengenai kepentingan diet seimbang dan berkhasiat yang tidak berkesan juga mendorong kepada masalah ini. Terdapat kebimbangan mengenai masalah kebantutan dalam kalangan kanak-kanak terutama golongan yang mudah terjejas di bandar disebabkan faktor malnutrisi. 

“Kerajaan telah melaksanakan dasar berlembut seperti program dan kempen pendidikan awam bagi meningkatkan kesedaran tentang diet dan gaya hidup sihat, namun kajian mendapati dasar ini tidak berkesan mencegah lebih banyak individu daripada mengambil makanan diproses yang tidak sihat,” kata laporan itu. 

Selain itu, negara juga ketiadaan agensi khusus yang bertanggungjawab untuk jaminan bekalan makanan  ketika beberapa negara lain telah menubuhkan agensi sama bagi menangani isu itu termasuk Singapura yang mempunyai Agensi Makanan Singapura (SFA) sejak 1 April 2019. 

“Agensi ini bertindak sebagai lembaga berkanun bagi memantau jaminan bekalan makanan daripada bahan mentah kepada juadah selain menggabung fungsi berkaitan makanan oleh pihak berkuasa nasional lain di Singapura. 

“Sementara itu, Badan Ketahanan Pangan telah dibentuk di bawah Kementerian Pertanian Indonesia untuk memperkukuh ketersediaan, akses dan simpanan makanan manakala Malaysia tiada agensi khusus berikuti skop jaminan bekalan makanan yang luas,” katanya. 

Dalam pada itu, laporan itu menjelaskan, Malaysia juga bergantung tinggi kepada makanan import dan usaha mengurangkannya mencabar memandangkan jumlah defisit yang tinggi dan volatiliti kadar pertukaran. 

“Malaysia telah menjadi pengimport bersih makanan dan mengakibatkan defisit perdagangan makanan meningkat daripada RM1.1 bilion pada 1990 kepada RM21.7 bilion pada 2020. Penyumbang utama defisit ini adalah bijirin dan sediaan bijirin yang merangkumi 22.8 peratus, sayur-sayuran 18.9 peratus dan bahan makanan ternakan sebanyak 17 peratus pada 2020,” katanya.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya