Hutang keseluruhan Kerajaan Persekutuan diunjur mencecah 66 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), manakala hutang statutori pada 63.4 peratus pada akhir 2022 iaitu lebih rendah daripada had 65 peratus yang diluluskan oleh Parlimen. Menurut Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2022 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan, kerajaan akan terus melaksanakan langkah pengembangan fiskal dalam Bajet 2022 bagi memastikan kesejahteraan rakyat, melindungi kelangsungan perniagaan dan merangsang semula ekonomi. “Oleh itu, keperluan pinjaman kasar termasuk peruntukan tambahan bagi Kumpulan Wang Covid-19 dijangka kekal signifikan sekitar 12 peratus kepada KDNK, malah strategi pinjaman…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya