Penggunaan swasta pada tahun ini dijangka meningkat sebanyak 4.1 peratus disokong oleh langkah-langkah bantuan dan rangsangan ekonomi berterusan oleh kerajaan. Peningkatan itu terutama didorong oleh subsidi upah, Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), moratorium bersasar, Bantuan Khas Covid-19 serta pengeluaran i-Sinar dan i-Citra. Laporan Tinjauan Ekonomi 2022 menyatakan, penggunaan swasta antara lain terus menjadi penentu pertumbuhan yang signifikan dan berkembang sebanyak 4.3 peratus pada separuh pertama 2021. Pertumbuhan itu disokong oleh peningkatan pendapatan boleh guna berikutan pemulihan pasaran buruh secara beransur-ansur, kadar faedah yang akomodatif, harga komoditi yang menggalakkan serta pakej bantuan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya