Kadar pengangguran mula menurun, penduduk bekerja bertambah 90,000 orang - Utusan Malaysia

Kadar pengangguran mula menurun, penduduk bekerja bertambah 90,000 orang

SEKTOR pembinaan rekod prestasi memberangsangkan pada suku pertama 2024. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

 

KU SYAFIQ KU FOZI

[email protected]

 

PETALING JAYA: Kadar pengangguran menurun buat kali pertama pada Ogos selepas mencatatkan peningkatan pada dua bulan sebelumnya berikutan lebih banyak aktiviti ekonomi dibenarkan untuk kembali beroperasi pada bulan tersebut.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, bilangan penduduk pekerja meningkat sebanyak 0.5 peratus bulan ke bulan kepada 15.38 juta orang pada Ogos berbanding 15.29 juta orang pada Julai, dengan nisbah guna tenaga kepada penduduk meningkat 0.2 mata kepada 65.2 peratus.

Kata beliau, bilangan penganggur menurun sebanyak 3.8 peratus kepada 748,800 berbanding 778,200 pada Julai.

“Ini merupakan penurunan pengangguran yang pertama setelah merekodkan peningkatan pada Jun dan Julai 2021. Kadar pengangguran pada Ogos menurun 0.2 mata peratus kepada 4.6 peratus berbanding Julai yang merekodkan 4.8 peratus.

“Justeru, bilangan tenaga buruh terus meningkat bagi bulan kedua sebanyak 0.3 peratus kepada 16.13 juta orang pada Ogos berbanding 16.07 juta orang pada Julai.

“Kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) pada bulan tersebut meningkat sebanyak 0.1 mata peratus kepada 68.4 peratus berbanding 68.3 peratus pada Julai,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut Mohd. Uzir, mengikut sektor ekonomi, sektor perkhidmatan terus mencatatkan perubahan positif bulan ke bulan manakala guna tenaga dalam sektor sektor pembuatan dan pembinaan turut merekodkan pertumbuhan positif setelah mencatatkan penurunan pada bulan sebelumnya.

Walau bagaimanapun, kata beliau, sektor pertanian serta perlombongan dan pengkuarian kekal dalam trend menurun.

Dari segi taraf pekerjaan pula, Jabatan Perangkaan melaporkan, kategori pekerja yang merangkumi 77.4 peratus meningkat sebanyak 0.2 peratus kepada 11.90 juta orang setelah mencatatkan penurunan pada bulan sebelumnya.

Begitu juga, penduduk bekerja sendiri terus meningkat sejak Februari lalu dengan peningkatan bulan ke bulan sebanyak 1.4 peratus merekodkan jumlah 2.54 juta orang.

Jelas Mohd. Uzir, pengoperasian semula lebih banyak aktiviti ekonomi pada Ogos mendorong bilangan penduduk bekerja yang tidak bekerja buat sementara waktu terus menurun sebanyak 13.5 peratus kepada 671,200 orang berbanding 776,300 orang pada Julai.

“Penganggur aktif atau mereka yang bersedia untuk bekerja dan aktif mencari pekerjaan merangkumi 83.3 peratus daripada jumlah penganggur. Kumpulan ini menurun sebanyak 3.7 peratus kepada 627,500 orang berbanding 651,300 orang pada Julai.

“Daripada jumlah penganggur yang aktif, 53.8 peratus adalah mereka yang menganggur kurang daripada tiga bulan manakala mereka yang berada dalam pengangguran jangka panjang melebihi setahun meliputi sembilan peratus.

“Trend yang sama juga dilihat pada penganggur tidak aktif yang percaya tiada pekerjaan tersedia yang mana telah berkurang sebanyak 4.4 peratus bulan ke bulan kepada 121,300 orang,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya