BENGALURU: Harga emas melonjak di sebalik kelemahan dolar dan hasil bon Amerika Syarikat, sekali gus memberi sokongan kepada harga logam berharga itu. Emas jongkong meningkat 0.2 peratus kepada AS$1,767.91 (RM7,374.84) seauns manakala niaga hadapan emas AS meningkat 0.2 peratus kepada AS$1,769.60 (RM7,381.89). Menyokong emas dengan menjadikannya lebih murah bagi pembeli dalam mata wang lain, dolar jatuh 0.1 peratus dan hampir mendekati paras terendah baru-baru ini. Hasil perbendaharaan penanda aras 10 tahun AS juga melemah, mengurangkan kos peluang bulion. Data pada Jumaat lalu menunjukkan pengeluaran kilang AS paling banyak menurun dalam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya