Saham Evergrande merosot 14 peratus HONG KONG: Saham Evergrande Group jatuh 14 peratus semalam selepas syarikat hartanah China itu gagal menjual pegangannya bernilai AS$2.6 bilion (RM10.81 bilion) kepada pesaingnya. Ia merupakan masalah terbaharu yang menimpa syarikat itu selepas isu hutangnya menggemparkan pasaran global. Rabu lalu, Evergrande mengumumkan pembatalan perjanjian jualan pegangan sebanyak 50.1 peratus dalam Evergrande Property Services Group Ltd. kepada Hopson Development Holdings Ltd. kerana pesaingnya itu gagal memenuhi keperluan awal untuk membuat tawaran umum. Kedua-dua pihak saling menyalahkan apabila Hopson berkata, pihaknya tidak dapat menerima bahawa pembatalan perjanjian…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya