PETALING JAYA: Eksport bulanan Malaysia untuk September mencatat nilai tertinggi baharu pada RM110.8 bilion, meningkat 24.7 peratus berbanding bulan sama tahun sebelumnya. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, ia merupakan peningkatan tahun ke tahun untuk bulan ke-13 berturut-turut sejak September 2020. Kata beliau, peningkatan itu disokong oleh eksport domestik yang berjumlah RM87.7 bilion dan menyumbang 79.1 peratus kepada jumlah eksport serta eksport semula dengan jumlah RM23.2 bilion, naik 34.1 peratus tahun ke tahun. “Import Malaysia pada September berjumlah RM84.7 bilion, terus mencatatkan pertumbuhan 26.5 peratus atau RM17.7…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya