De SMART Optometrist pupuk kesedaran jaga mata - Utusan Malaysia

De SMART Optometrist pupuk kesedaran jaga mata

NAPISAH Said mengusahakan Optocare Network Pasir Tumboh De SMART Optometrist, di Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERHASRAT untuk memupuk kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pemeriksaan mata, mendorong Napisah Said,  46,  mengusahakan Optocare Network Pasir Tumboh De SMART Optometrist yang terletak di Kota Bharu, Kelantan.

Napisah Said yang juga Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) berkata, masyarakat masih kurang pendedahan perlunya mendapatkan perkhidmatan pemeriksaan mata bersesuaian dengan masalah dihadapi.

“Optocare Network Pasir Tumboh De SMART Optometrist yang diusahakan sejak lapan tahun lalu bertujuan untuk memupuk  kesedaran tentang perlunya penjagaan mata yang betul,” katanya, ketika dihubungi, baru-baru ini.

Katanya, Optocare Network Pasir Tumboh De SMART Optometrist menawarkan perkhidmatan pemeriksaan rabun warna selain perkhidmatan lain.

“Perkhidmatan pemeriksaan yang dikendalikan di sini juga adalah mampu milik dengan hanya serendah RM30 bergantung kepada  jenis pemeriksaan yang perlu dibuat ke atas pelanggan.

“Kunjungi Facebook Optocare Network Pasir Tumboh De SMART Optometrist dan Instagram Optocare_network_pasir_ tumboh atau  hubungi 09-7653636 dan 011-1893 3626 untuk maklumat lanjut,” katanya.

SAHABAT Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Noor Aini Hassan membuka bakeri Bendang Delight.

Bendang Delight tawar aneka kek tradisional

BERMULA dengan pinjaman modal RM500, Pengusaha Bendang Delight, Noor Aini Hassan, 42, memulakan perniagaan membuat kek secara kecil-kecilan di rumahnya di Jeli, Kelantan.

Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu berkata, dengan modal yang ada, dia membeli kelengkapan asas bakeri seperti ketuhar dan barang mentah untuk membuat kek pisang.

“Saya mula dengan menghasilkan sebekas kek pisang dan diletakkan di beberapa kedai dan warung makan sekitar kampung dan dijual pada harga RM1.20 sepotong.

“Kek pisang dihantar ke lebih lima kedai pada mulanya, namun sambutan menggalakkan sehingga ke sekitar kawasan Kelantan dan Terengganu.

“Dengan keuntungan jualan, saya mula berpindah ke kedai dan membuka Bendang Delight pada 2011,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Kata Noor Aini, Bendang Delight menawarkan aneka kek tradisional dan moden yang sesuai dijadikan sebagai pembuka selera  bahkan untuk meraikan hari istimewa.

“Selain kek, Bendang Delight turut mengetengahkan aneka roti seperti roti burger, roti buku, kore cheese, chicken floss dan banyak lagi.

“Untuk tempahan, pelanggan yang berminat boleh melayari Facebook NOOR AINI NOOR AINI atau hubungi 019-9837520,” katanya.

 

PEMILIK Irash Trading, Oney Sopia Aziz bersama
produk maruku, Oney Maruku.

Oney Maruku makin dikenali 

WANITA perlu cekal dalam perniagaan dan perkara itu diakui pemilik Irash Trading, Oney Sopia Aziz, 52, yang telah melibatkan diri  dalam bidang perniagaan sejak 10 tahun lalu.

Menurut Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) ini, berkat kegigihannya, produk Oney Maruku yang diusahakan kini sudah berada di  14 rangkaian pasar raya AEON di seluruh negara.

“Produk maruku ini sudah mendapat sijil Halal dan MESTI dan keunikan rasanya membuatkan ia digemari ramai.

“Selain maruku, saya juga mengetengahkan pes masakan, minuman kordial dan aneka jenis kerepek,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Kata Oney, terdapat lima jenis maruku iaitu rasa asli, kacang peas, durian, bilis dan keju yang diketengahkan.

Ia menjadikan muruku keluarannya sangat unik dan digemari ramai.

“Untuk tempahan, boleh kunjungi Facebook oney soffia, Oney Muruku; Oney Muruku Mart; Mama Oney Sup dan Instagram oney_muruku atau hubungi 013-9167632,” katanya.

DONUT bomboloni dihasilkan Masitah Awang ternyata begitu 
enak sekali.

Donut bomboloni Dapur Mek rasa mewah, lembut

DONUT bomboloni dihasilkan pengusaha Dapur Mek, Masitah Awang, 68, memberikan rasa yang mewah dan lembut pada setiap gigitan.

Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu berkata, olahan pada bomboloni atau donat berinti sous yang dihasilkan mencuri
tumpuan kerana harganya RM1 setiap satu.

“Dianggarkan lebih 200 bomboloni dengan 15 perisa seperti coklat, strawberi, kekacang, tiramitsu, dan banyak lagi untuk dijual.

“Kesemuanya dihasilkan oleh saya sendiri dengan bantuan anak saya,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Masitah berkata, pelanggan yang mencuba keenakan bomboloni dihasilkan oleh air tangannya pasti tidak akan menyesal bahkan  berulang membeli donut berinti itu.

Untuk tempahan, hubungi 014-9526711 atau kunjungi Facebook Rahayu AB Gani dan Instagram cheayudelightz.

Untuk mengetahui skim pembiayaan perniagaan yang disediakan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia, sila layari:
www.aim.gov.my/perkhidmatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya