PETALING JAYA: Bursa Malaysia Berhad mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM290.3 juta untuk sembilan bulan berakhir 30 September 2021, meningkat 6.4 peratus berbanding RM272.9 juta yang dilaporkan dalam tempoh yang sama tahun lalu. Peningkatan tersebut didorong hasil operasi yang lebih tinggi, dengan peningkatan sebanyak 6.5 peratus kepada RM590 juta daripada tempoh yang sama sebelumnya. Bursa Malaysia dalam kenyataan memaklumkan, dalam tempoh sama, Pasaran Sekuriti mendaftarkan hasil dagangan sebanyak RM359.9 juta berbanding RM349.2 juta pada tahun sebelumnya. Jelasnya, pendapatan sesaham (EPS) bagi tempoh di bawah semakan adalah 35.9 sen berbanding 33.7 sen…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya