Bunga tangan sentuhan Sharifah dapat perhatian - Utusan Malaysia

Bunga tangan sentuhan Sharifah dapat perhatian

SENTUHAN kreatif pemilik Arissa Bouquet, Sharifah Norshahrina Syed Mohd. Yusof, mendapat perhatian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bermodalkan RM50, pemilik Arissa Bouquet, Sharifah Norshahrina Syed Mohd. Yusof, 35, tidak menjangka mampu mencapai pendapatan  lima angka menerusi perniagaan bunga tangan  yang dijalankan.

Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu berkata, dia menerima tempahan antara enam hingga 10 bunga tangan setiap hari.

Akuinya, tempahan gubahan bunga tangan juga berganda sekiranya musim perayaan atau terdapat hari istimewa seperti Hari Guru, Hari Ibu dan sebagainya.

“Saya suka melakukan gubahan bunga dan bermula dari situ, saya mula mencari peluang untuk mengembangkan perniagaan.

“Alhamdulillah, keputusan ini tepat bahkan semakin berkembang hari demi hari walaupun satu ketika dulu pernah mengalami detik perit,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Dia juga menjalankan perniagaan spa dan urutan di rumah menerusi Home Spa Skudai.

“Untuk tempahan, boleh kunjungi Facebook Lynneina, Arissa Bouquet & Home Spa dan Instagram Arissa Bouquet & Home Spa Skudai dan hubungi 019-782 8442,” katanya.

PEMILIK syarikat Aisyifa Summayyah Enterprise, Nurul Ashila Baharin, menghasilkan hampir 360 jenis aiskrim di bawah jenama Chillah.

Chillah Aiskrim tepati cita rasa orang muda

Berbekalkan pengalaman mengajar dalam bidang pemprosesan makanan, Nurul Ashila Baharin, 32, memberanikan diri untuk mengusahakan bengkel aiskrim.

Menurut pemilik syarikat Aisyifa Summayyah Enterprise yang beroperasi sejak 2018 itu, dia kini sudah menghasilkan 360 jenis aiskrim termasuk aiskrim Malaysia dan hard ice-cream dengan jenama Chillah.

“Chillah Aiskrim menyediakan perisa durian D24, coklat kacang, avocado, cempedak, mangga, nanas dan banyak lagi.

“Saya cuba pelbagaikan rasa aiskrim itu bagi memberikan kelainan dan menepati cita rasa golongan muda seperti perisa choki choki, Oreo dan asam boi,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Nurul Ashila yang juga Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) berkata, aiskrim dijual dengan harga RM1 hingga RM3 bergantung pada saiz.

Untuk tempahan, kunjungi Facebook shila ashila dan Instagram chillah aiskrim atau hubungi 016-406 1505 dan  017-781 8099.

SITI Aisyah Rosli bersama produk Cili Giling Cepat Dimasak yang diusahakannya.

Niaga cili giling bantu keluarga

Niat untuk membantu suami mengembangkan perniagaan cili giling dimiliki keluarga, akhirnya tercapai apabila dia mampu membuka kilang perusahaan cili giling yang terletak di Pasir Gudang, Johor, tahun lalu.

Pengusaha syarikat Sahalan, Siti Aisyah Rosli, 28, berkata, permulaan perniagaan Cili Giling Cepat Dimasak yang diusahakannya itu pada asalnya hanya beroperasi secara kecil-kecilan di rumah untuk dijual kepada kenalan dan pelanggan tetap sahaja.

“Namun, sekitar 2013 saya bersama suami, Muhammad Azri Zulkifli, mengambil inisiatif untuk memberi nilai komersial kepada produk cili giling ini.

“Cili ini didatangkan dalam tiga saiz iaitu 300 gram (g), 600g dan 1,200g.

“Setiap bungkusan cili dijual pada harga antara RM3.70 hingga RM8,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Menurut Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu, lebih 2,000 kilogram (kg) cili giling dihasilkan setiap hari bagi memenuhi permintaan pasaran sekitar Johor.

Untuk tempahan, hubungi 017- 7447479 atau layari Facebook Cili Giling Cepat Dimasak.

SITI Hajar Badri menunjukkan serum wajah Face Beauty Serum by WanS Beauty.

Serum wajah atasi masalah kulit

Pengalaman berdepan masalah kulit berparut akibat cacar air, mendorong Siti Hajar Badri, 31, menghasilkan serum penjagaan wajah Face Beauty Serum by WanS Beauty.

Kata pemilik bersama syarikat WanS Beauty HQ itu, serum wajah diperkenalkan sejak awal tahun ini menggunakan rumusan khusus bagi mengatasi masalah kulit.

“Antara bahan digunakan adalah ekstrak bunga mawar, cempaka, lidah buaya, buah yuzu, vitamin E, Niacinamide, minyak tea tree dan alga,” katanya ketika dihubungi,baru-baru ini.

Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu berkata, serum wajah diketengahkan itu mengandungi 100 ekstrak bahan semula jadi dan organik.

Katanya, serum itu didatangkan dalam saiz 15 mililiter (ml) pada harga RM25 bagi Semenanjung dan RM28 untuk Sabah dan Sarawak.

Untuk tempahan, kunjungi Facebook WanS Beauty HQ dan Instagram wans_beauty_hq atau hubungi 017-753 3892.

Untuk mengetahui skim pembiayaan perniagaan yang disediakan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia, sila layari: www.aim.gov.my/perkhidmatan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya