PETALING JAYA: Bank Negara Malaysa (BNM) dan Jabatan Perangkaan memetrai memorandum persefahaman (MoU) untuk memperkukuh kerjasama mengenai perkongsian data dan bidang lain. MoU itu ditandatangani oleh Gabenor BNM, Datuk Nor Shamsiah Mohd. Yunus dan Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin. Menurut BNM, kerjasama itu mengukuhkan MoU antara agensi sebelum ini yang ditandatangani pada 2008 dengan mempertingkatkan lagi skop perkongsian dan penggunaan data untuk tujuan pemantauan, analisis dan perumusan dasar. “MoU ini juga menggariskan bidang strategik baharu antara kedua-dua agensi seperti penyelidikan dan pembangunan, perundingan teknikal dan khidmat nasihat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya